Wednesday, June 24, 2009

"TaKDir"

Setiap manusia tidak akan lepas daripada masalah"HILANG PERTIMBANGAN". Sehingga menyebabkan apa yang dilakukan diri sendiri pun tidak disedari. Tapi adakah hilang pertimbangan ini boleh diterima akal manusia bila setiap masalah yang timbul akan dikata sebagai mengakibatkan hilang pertimbangan atas tindakan kendiri?. Adakah kemungkinan seseorang itu sengaja berbuat seperti hilang pertimbangan dek kerana menutup segala kesilapan,seperti "menyembunyikan bangkai gajah".
Tapi beginilah manusia.....selagi ada upaya, mesti akan menyembunyikan kesilapan yang dlakukan. Tapi kata orang.......sepandai2 tupai jatuh juga ke bawah. Masa itu la......semua kebenaran akan terbongkar. Masa itulah segala adegan mementaskan sandiwara akan bermula. Alang tiada alasan........."takdir" juga yang dijadikan pematah kata. Sampai si mangsa tak terkata.
Hai.....apalah nasib.......
Tapi kadang2 aku tidak percaya dengan takdir..........sebab kekadang takdir sengaja dibuat2 oleh manusia. Bila dikatakan sesuatu yang berlaku itu adalah takdir.........macam termuntah aku dibuatnya. ( bagi mereka yang tahu jalan suatu cerita dan memahami watak dan perwatakan para watak dalam satu adegan la...). Senang sangat..meletakkan setiap yang berlaku itu adalah ketentuan takdir. huh!!!! Memang betul takdir itu ada...tapi tidak semua.
Ya...memang ada benarnya semua itu tapi, janganlah selalu sangat meletakkan diri dalam takdir...kerana kalau bukan diri sendiri semua masalah tidak akan timbul, harus ada keinsafan untuk mengubah kehidupan. Sama juga..rezeki tidak akan datang bergolek kalau kita sendiri tidak berusaha untuk mendapatkannya.

No comments:

Post a Comment