Saturday, December 26, 2009
"Selamat menyambut hari Natal 2009"
Macam biasa sahaja.....natal di rantau orang tidaklah setanding d tempat sendiri.
Di tambah lagi dengan bebanan kerja yang tidak henti membuatkan natal kali ni seperti tak terasa...Hanya dengan berkunjung di shoping2 komplex besar sekitar PJ dan KL ni baru terasa kemeriahan sambutan Natal...dengan pelbagai persembahan d pentas berserta kemunculan SANTA utk menarik perhatian kanak2 yang sinonim dengan hadiah...
Saya.....wah macam biasa rindu ngan mama......mesti dia tak berteman di rumah.....
Sis. ada balik rumah temankan mama? Tidak tau la...sudah beberapa kali saya menelepon tapi tiada siapa pun yang menyambutnya. Baru kini saya sedar.........setiap tahun mama tidak pernah menyambut perayaan christmas d rumah bersama anak2nya....So Sad!!!!!
.........................
...........
............................................
...................................................................................bila agaknya saya boleh balik utk bersamanya..harap2 tahun depan boleh balik....AMEN!.... .......
Thursday, December 10, 2009
"Rasa Sunyi"
permulaan hari ini....terasa amat sunyi sekali....
aku sampai di pintu pejabat pada 8.05am...
lalu aku menikmati sarapan....
selepas itu aku melayan Facebook..........tapi tiada rasa..
Saat ini jam menunjukkan 8.4oam...
aku mengambil keputusan untuk melawat laman ini....
lantas jari jemari ku tangkas melakar kata....
hujung minggu lalu aku betul-betul berada dalam keadaan..
Rindu yang tidak tertanggung...
Rindu kepada nenek.....
Hari ini........rasa itu agaknya memburu aku kembali...
Tapi....tolonglah......
Biarlah rasa itu....dapat ku sembunyikan dalam lipatan rasa ku yang paling dalam...
sampai ia tak terjangkau walau oleh hati dan perasaan ku sendiri...
Sudah hampir sebulan nenek pergi......
Agaknya......bilakah rasa ini akan kembali pulih?.......
adakah sebulan dua?....setahun.....dua tahun.....bertahun-tahun atau...bagaimana?
Hanya hati, perasaan dan masa yang akan menentukan jarak waktu..
sampai mana rasa ini akan sentiasa memburuku....
Namun jauh di sudut hati......
Hati amat pedih bila teringatkan kata-kata dari hujung telepon ku tempoh hari....
" Loly........tiada sudah c Iyai....."
Roh bagai terus berpisah dari jasad dan pergi entah ke mana..
Perjalanan penuh dengan airmata....
mengisi setiap ruang waktu......
Hanya tuhan yang tahu...akan rasa yang sering memburu ku sekarang....
Tapi dengan-Nya saja aku berserah atas segala apa yang terjadi.....
Moga aku dan keluarga yang lain mendapat ketenangan...
dalam mengharungi hari-hari berlalu tanpa dia di alam nyata....
Aku harapkan.....dengan luahan ini....hatiku beroleh ketenangan..
dan rasa sunyi yang amat sangat ini akan berlalu bersama angin lalu.....
Wednesday, December 2, 2009
" ALAM BARU"
Memang keadaan amat berbeza sekali...............seakan aku dilahirkan kembali di alam yang rasanya amat asing bagi ku. Memang sukar untuk menyesuaikan diri dalam keadaan begini...tapi apakan daya....itulah ketentuan-Nya.
Apapun kepergiaannya amat menyakitkan,....memang cara dia pergi tanpa seksa/derita sakit namun bagi mereka yang ditinggalkan adalah amat pedih utk menanggung kesannya.
Manakan tidak, beberapa jam sebelum pemergiaannya, dia sempat dan aktif lagi memerhati jentera penuai padi di depan rumahnya sedang menjalankan kerja, juga sempat mengirim beberapa barangan keperluan di rumahnya. Bukan itu sahaja.......dia juga sempat memasak utk makan tengahari. Dan................sempat juga utk menikmati makanan yang dimasaknya. Setelah dia rasa letih......dia terus merehatkan badan di atas tilamnya...dan tidak disangka2 disitulah noktah hayatnya....
Ini bukanlah pengalaman pertama bagi ku untuk menghadapi pemergian mengejut mereka yang disayangi. Ini merupakan kali kedua. Mendiang bapa saya dahulu pun pergi mengejut.....tanpa meninggalkan sepatah kata...
Bagi saya...........kesan ini amat mendalam..........SANGAT SAKIT........setelah pemergian Bapa tercinta, nenek sudah kami anggap sebagai pengganti bapa....dia merupakan bapa, mama kedua dan kawan di kala saya suka atau duka. Saya tinggal bersamanya semenjak umur 7 tahun sampailah meningkat dewasa.
Kini yang tinggal hanya rumah usang peninggalannya..................setiap kali aku melihatnya.....airmata mengalir deras....tidak tertahan kepedihan di hati. Dulu setiap kali aku balik ke rumahnya......nenek pasti akan melihat di sebalik jendela kecilnya melihat siapa gerangan yang datang. Kalau saya yang datang nenek pasti akan..." e....e....ih..LOLY......., Sera kopo ko'uli oi.." sambil terukir senyuman manis di bibir tanda betapa ia gembira melihat saya pulang" Sampai saja d beranda rumahnya............dia pasti berdiri menyambut saya masuk dan kami berpelukan..
Tapi kini semuannya itu tinggal kenangan terindah yang tidak mungkin hilang hingga ke nafas ku yang terakhir..
Aku harus kuat untuk mengharungi liku perjalanan ini....demi mereka yang masih di sisi...terutamanya MAMA......Apa yang harus dilakukan adalah berusaha untuk memberi dan menghargai mereka2 yang masih disisi dengan sebaik mungkin.
Buat Nenek dan Bapa......semua kenangan yang ada akan aku simpan dalam lipatan hidup hingga ke nafas ku yang terakhir. Semoga kamu berada di alam yang sama dan gembira bersama.
Aku dan mereka yang lain hanya mampu memerhati gandingan pusara di alam nyata ini.
Alam baru tanpa kalibat nenek dan bapa......sesuatu yang sangat asing namun aku akan berusaha dan bertekad melakukan yang terbaik untuk menyesuaikan diri...
Wednesday, November 18, 2009
13.11.2009 ( Perginya amat menyakitkan)
................................................................................
Sunday, November 1, 2009
Saturday, October 31, 2009
"MARATHON"
memang saya selalu mendengar da nampak larian beramai2 ni tapi tidak pernah terfikir untuk berjinak2 apalagi untuk menyertai acara ini. Kalau pada usia sekolah menengah dahulu ok la.... boleh dikatakan agak aktif juga dalam bidang sukan semasa d tingkatan 5 smk. Tandek...
Tapi dengan umur2 sekarang?????............bagaimana ya....
Tiga hari yang lepas....boss saya memanggil saya datang ke biliknya...
Dengan berdebar2 p la masuk....dalam otak mesti pasal pasal laporan aliran kewangan yang diberikan pada saya...." Eeeeeeee.....belum siap lagi.....iskiskisk..matai la.."
masuk ja bilik boss...." Ika.....nah..amik borang ni..awak dengan Natasya mesti join tau...."
Bila saya melihat muka depan document tu.....mata tertumpu kepada perkataan.."LARIAN MARATHON....BUKIT KIARA---KUALA LUMPUR......
"Ha!!!!!.....cik Rose....tak nak la..join program ni...saya tek pernah lari semenjak keluar daripada bangku sekolah." ...." Takpe...6km jer....mesti ikut tau..., ade masa lagi sebulan untuk buat persediaan". Cik Rose senyum2 saja...
Kalau dia tidak apalah...6km tu macam makan kacang ja...coz dia memang hobby kalau aktiviti seperti ni...hampir setiap minggu ada saja aktiviti ni. tapi kalau kitaorang yang sudah pencen lari ni.......susah la...Apa lagi kalau 6kg..sedang 100meter berlari pun macam terputus nafas...aik...memang paling tahan pun dalam 500meter saja...sudah putus nafas..kahkahkah..
Kena fikir lebih daripada 10 kali o.....mau join atau tidak...boss sampai sponser yuran penyertaan larian ni...adussss!!!! tengok la....
Friday, October 23, 2009
"PEMBUNUH WANITA "
Tragedi kematian wanita disebabkan pembunuh kejam ini..
Minggu lalu....semua keluarga saya dikejutkan..
dengan pemergian salah seorang dari ahli keluarga...
kerana KANSER....
HAri ini......
Sekali lagi ia berlaku di persekitaran ku..
tidak sudah2 penjenayah ini memburu wanita..
Rakan sekerja ku...
pada awal bulan september....
Isterinya disahkan mengidap kanser paru2..
selama ini penjenayah no. 1 ini tidak menujukkan sebarang tanda..
Bila saja mereka didiagnosis mengidap penyakit ini..
ia sudah terlambat....
Doktor pun sudah tidak boleh buat apa...
pagi tadi ingin rasanya pergi ke UH untuk melawat tapi tidak kesampaian..
namun sekitar jam 6 tadi seseorang menelepon saya dan mengatakan..
Isteri rakan sekerja kami itu sudah meninggal dunia...
kejamnya....penjenayah itu..ia bertindak tanpa kenal balas kasihan.
KANSER...
Bagi mereka yang mengharapkan kesembuhan..
Akan mencuba segala cara rawatan...
Dari secara sains perubatan ( kemo)...hinggalah ke cara tradisional...
namun bagi mereka yang tidak ingin menjalani rawatan di hospital..
dan............hanya mengharapkan rawatan tradisional..
mungkin juga hayat mereka akan bertambah singkat...
Dan akhirnya....
Kematian juga yang menjemput mereka pergi...
alangkah sedih dan kasihannya bagi mereka yang melaluinya..
namun apakan daya....semua apa yang berlaku kita tidak dapat menghalangnya..
kerana itu semua adalah ketentuan dari-Nya.
Kita sebagai hambanya...
harus insaf dengan segala yang berlaku...
teruskan hidup dengan lebih baik......
menghargai diri sendiri dan ahli keluarga yang lain..
Bagi kita yang masih bernafas ini..
.........biarlah kita meluangkan sedikit masa & memperuntukkan sedikit dari RM kita untuk membuat MEDICAL CHECK-UP setiap tahun...agar kita dapat mengesan apa yang terjadi dalam badan kita sendiri.....
" TerMInaL KasIH teRAkhIr "

Satu hari, oleh kerana Jell sangat tertekan dengan kehidupan keluarganya yang miskin dia memanggil Jelsie datang ke rumah.
“Jelsie...ayah rasa nak jualkan basikal ayah. Ayah tidak tahu dengan cara apalagi ayah harus mendapatkan duit untuk menampung perbelanjaan kita sekeluarga. Lebih-lebih lagi untuk biaya persekolahan kamu adik-beradik.” Jelsie hampir-hampir tidak dapat menahan sebak di dada bila saja mendengar kata-kata ayahnya itu. Sebelum mengutarakan pendapatnya, dia menggigit hujung lidahnya sendiri supaya airmata tidak akan jatuh ke pipi.
“Ayah...Kalau ayah jual basikal itu, selepas ini dengan apa ayah akan bergerak kesana kemari untuk berurusan? Lagipula basikal itu sangat berjasa dengan kita sekeluarga semenjak enam belas tahun yang lalu. Dengan siapa ayah menjualnya?” Jelsie berharap sangat kata-katanya dapat mengubah niat ayahnya itu. “Jelsie, tidak apalah ayah akan fikirkan dulu perkara ini. Sambil itu ayah akan mencari ikhtiar lain untuk mendapatkan wang.” Dalam fikiran Jell hanya ada satu cara sahaja,dia akan meminta bantuan dari Rossie.
Jelsie sangat sedih melihat keadaan ayahnya, namun dia harus tabahkan diri sekuatnya untuk menempuh rintangan itu. Walau dalam keadaan sukar dia tetap bersunguh-sungguh mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi PMR yang tidak lama lagi akan menjelang, begitu juga dengan Juwie.
Tibalah saat yang mendebarkan bagi Juwie dan Jelsie serta semua pelajar tingkatan tiga untuk menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah. Mereka berharap segala susah payah keluarga selama ini akan mendapat hasil yang diharap-harapkan. Lebih kurang seminggu peperiksaan pun berakhir, Juwie dan Jelsie amat gembira sekali.Walaupun keputusan peperiksaan akan keluar tiga bulan kemudian mereka akan menunggunya dengan penuh debar. Sepanjang cuti sekolah mereka manfaatkan dengan sebaiknya untuk menolong ayah dan nenek di ladang serta menemani ibu mereka di masa terluang.
Sejak kebelakangan ini, mereka dapati ibu mereka mengalami perubahan yang ketara. Terpancar sinar-sinar kegembiraan di raut wajahnya. Mungkin kerana harapan yang diberikan oleh ayah mereka untuk kembali kepangkuannya tidak lama lagi. Ya!!...pasti kerana itu yang menyebabkan wajah yang dulunya suram kini dipenuhi dengan sinar harapan. Kerana harapan yang tidak terhingga itu, Rossie telah menyediakan kelengkapan untuk membuat rumah baru dan ia hasil sokongan Jell. Hubungan antara Jell dan Dolse pula boleh diibarat menunggu rumah usang untuk roboh.
EPISOD 18
Suatu malam Jell telah dijemput oleh abangnya ke rumah untuk menghadiri majlis pertunangan anak mereka Rita. Rita hanya berumur enam belas tahun masa itu dan lelaki yang ingin memilikinya itu jauh lebih tua, perbezaan umur mereka lebih daripada dua puluh tahun. Namun keluarganya tidak ambil kisah sangat kerana dia seorang yang kaya raya.
Malam itu mereka meraihkannya sampai ke pagi. Tidak cukup dengan itu mereka pergi pula ke rumah saudara yang lebih kurang dua puluh lima kilometer dari kampung Madur. Jell juga ikut serta kerana malas untuk melayan karenah isterinya yang sengaja menimbulkan perselisihan antara mereka bila dia berada di rumah.
Sudah dua hari Jell pergi tanpa khabar berita, Juwie dan Jelsie risau dan hairan, begitu juga dengan nenek mereka. Masuk hari ketiga,tarikh hari itu 27 oktober 1994 bersamaan hari rabu. Sekitar jam Sembilan pagi tiba-tiba sebuah kereta datang dan memaklumkan kepada mereka yang Jell telah dimasukkan ke hospital kerana jatuh dari kereta semalam.
Jelsie terus berlari ke rumah dan menukar pakaian dan pergi bersama ibu tirinya melihat keadaan ayah mereka saat itu di hospital.
Setibanya di hospital, doktor memaklumkan bahawa ayahnya sedang dirawat di bilik kecemasan. Jelsie dan ibu tirinya seperti cacing kepanasan, tidak sabar untuk menunggu rawatan itu selesai. Waktu itu Jelsie berharap sangat ayahnya tidak mengalami apa-apa yang serius. Harapannya, dia boleh berjumpa dan berbual dengan ayahnya tentang apa yang terjadi walaupun hanya sekejap saja. Mereka merasakan masa menunggu itu bagai bertahun lamanya. Selepas setengah jam, kelihatan pintu bilik kecemasan itu terbuka dan Jelsie melihat katil pesakit sedang ditolak oleh beberapa orang jururawat. Mata Jelsie terpaku pada sekujur tubuh yang hampir tidak dia kenali. Tubuh itu ditutupi oleh banyak benda yang sangat asing baginya. Jelsie ingin menerpa kearah katil ayahnya yang sedang ditolak tapi dihalang oleh para jururawat. Dia hanya mampu melihat ayahnya lenyap di sebalik pintu wad kecemasan.
“Kenapa dengan ayah?...Kenapa doktor menghalang saya daripada berjumpa dengannya?..” Jelsie sangat kecewa kerana tidak dapat berjumpa dan bertanyakan khabar sendiri dengan ayahnya itu. Di sebalik pintu wad kecemasan Rossie melihat dengan jelas sekali ayahnya terlantar kaku di atas katil berserta dengan bantuan pernafasan. Dalam benak Jelsie banyak sangat persoalan yang berlegar-legar, yang dia sendiri tidak mampu untuk menemui jawabnya. “ Kenapa ayah harus memakai benda asing itu? Bagaimana sebenarnya keadaan ayah sekarang?..Saya ingin berjumpa dan bercakap dengan ayah..Tapi....”Dia tidak dapat berbuat apa-apa, malahan doktor menghalangnya daripada memasuki bilik itu, jadi dia hanya mampu untuk memerhati di sebalik cermin pintu masuk
Wednesday, October 21, 2009
"TROLI punya Hal"
Saya mengambil kesempatan untuk p window shopping bersama dengan F & M. IL
Kitaorang p midvalley sahaja. Saya sempat belikan beberapa barang sebagai buah tangan.
Masalahnya F & M. IL sa tu tidak la sesihat orang muda yang ada kelebihan tenaga untuk berjalan sana sini utk melihat barangan yang rasanya menarik hati di sesebuah pusat membeli belah.
Sampaikan FIL saya ni bising2 kata kaki sakit, penat la....sampai MIL pula kata dengan dia, "O...kalau dalam shopping complex pandai penat...tapi kalau berdiri dari pagi sampai petang dalam kasino( Genting Highland)tak pula rasa penat". Saya diam ja mendengar mereka bertekak. tapi kesian juga saya melihat mereka ni........saya mengambil keputusan untuk menamatkan program membelek2 barang tanpa membeli dengan segera.
last station saya membeli keperluan dapur d jusco..apalagi mestilah sayur2nya yang segar2..ORGANIC. Kalau hujung minggu mesti tak lepas beli vege dekat sini. Erm.......best.
Lepas semuanya selesai.............kitaorang balik...troli jusco walaupun tidak penuh, tapi berat juga sebab diisi dengan beras 10kg. Sampai di eskelator ( betul ka ejaan saya ni?)...saya menolak troli seperti biasa..sambil berbual2 dengan MIL. Sampai hujung sekali masa nak tolak troli tu..tiba2 troli tidak dapat di tolak ...jadi kelam kabut dibuatnya. Saya cuba menolak sekuatnya tapi tak lepas. Apalagi kita berlari2 anak ditempat sendiri, seperti bersenam rasanya. Kalau tidak macam tu..mesti semua orang bertimpa2 jatuh seperti kayu..kahkahkah..nasib baiklah tidak lama sangat, FIL tolak troli tu sekuat hati dapat juga melepasi garisan hujung eskelator. Gila betul.....
semua orang tersengih2 dan ada muka yang kelihatan takut..kihkihkih mana tidaknya takut la kalau jatuh bertimpa2. Lucu betu....selama ni tidak pernah terjadi keadaan macam tu...lepas ni tidak berani la saya menyorong troli di tangga bergerak ni...haiya....
Friday, October 16, 2009
"Dari Lensa Mata Hati"
Namun syukurlah....semuanya sudah berlalu.......walau dalam keadaan yang tidak dipinta tapi sekurang2nya semuanya selamat dengan kerelaan hati.
Ada satu masa airmata jatuh dipipi......memang tidak baik saya rasakan ia berlaku pada masa itu tapi......ia bukan disengajakan........Ia berlaku secara tiba2, walau hati berusaha menahan hiba sehinggakan lidah terasa sakit digigit sendiri utk menahan rasa itu menguasai diri..tetapi gagal. Permata putih jatuh juga akhirnya membasahai pipi.
Mingkin keana ketiadaan insan yang diharapan berada ditempat itu...atau kerana realiti yang berlaku di depan mata sangat sukar untuk difahami atau memahaminya.
Walauapapun dikata......semuanya sudah berlaku, Diri hanya mampu berdoa mereka yang bersatu akan mendapat keberkatan dan mereka yang pergi untuk selamanya akan memperolehi ketenangan di alam lain.
Dari Lensa mata hati saya berharap semuanya akan berjalan seperti yang diharapkan oleh mereka2 yang sewaktu dengannya.
Thursday, October 8, 2009
"kabut masa"
ANTARA AIRMATA SUKA @ LUKA
Bercuti selama 4hari....
Namun hati betul2 tidak happy.....
Bagaimana nak bertarung dengan keadaan nanti...
Airmata SUKA atau LUKA........
Hanya masa akan menentukan...
"07th OCT 2009 ( 8.10am)"
Bermula malam 6/7/2009....hati betul2 tidak tenang mengingatkan Auntie Lina...
yang sedang bertarung nyawa melawan kesakitan. Perasaan hati memang kuat sangat untuk balik kg. Bila menerima khabar dari sepupu2, keadaanya sangat kritikal.
Airmata mengalir dipipi....tapi saya tidak boleh buat apa...memandangkan saya sudah 9 hari bercuti raya hari tu.....Ada kerja yang harus diselesaikan. Kerja bertimbun.....memang tidak boleh dielakkan, kalau ada orang lain yang boleh/tahu untuk membuat kerja saya itu kan bagus....
Pada tarikh ini....jam 8.12am.....telepon berdering...dengan sepantas kilat saya mencapai handphne. Sepupu ( Rasimi) bersuara sayup di hujung talian.." Lee......Auntie Lina tiada sudah..."
Saya jadi kaku.........Jantung bagai dicabut dari jasad rasanya, tidak terkata.
Hanya mampu duduk seketika dan airmata jatuh mengalir di pipi.
Sedih sangat2 kerana kepergiaannya....namun PASRAH juga di penghujungnya...lebih baik begitu daripada dia sengsara menahan kesakitan. Bermula dari semalam saya buat kerja tidak ketentuan....seringkali ada kesilapan. Manakan tidak jasad sahaja di sini, tapi hati dan fikiran bersama mereka di kampung. Ada ketika saya tidak tertahan airmata mengalir....cepat2 saya kesat...Semalam sepanjang perjalanan ke airport LCCT pun saya membisu sepanjang jalan. Saya terpaksa ke LCCT utk menyambut kedatangan peserta2 kursus anjuran KEMENTERIAN SUMBER DAN MANUSIA. ...
Saya betul2 memohon kemaafan daripada semua ahli keluarga Uncle Sina kerana tidak dapat bersama dengan mereka pada saat2 mereka memerlukan.
Harapan saya mereka sekeluarga Tabah dan Kuat menghadapi dugaan tuhan yang sangat berat ini. SEDIH....SEDIH....SEDIH....
Salam takziah untuk semua ahli keluarga....
Saturday, October 3, 2009
Kisah Ku...
Bukannya apa....di kampung malas sangat p masuk CC atau ke Marudu KFC utk mencuba Free WIFI nya...
1st OCT saya meninggalkan sarang dan terbang dengan MASS ke KL utk meneruskan pencarian rezeki. Tapi akan kembali lagi ke sarang nx week. Wah!!!! Penatnya....malasnya balik2 naik kapal terbang. Bosan menunggu 2jam 1/2 di awan biru....bagus kalau awan biru saja, kalau ada awan kelabu?..tu yang susahnya....menakutkan.
Bercerita tentang nx week saya terbang dan kembali lagi ke sarang tu....sebenarnya ada perkara yang harus saya selesaikan. Mau tidak mau terpaksa juga bercuti beberapa hari utk memastikan perkara itu berjalan dengan lancar.
Cuti panjang hari raya baru2 ni saya habiskan masa sepenuhnya di kampung halaman..
Seronok tidak terhingga bersama dengan mama, nenek, adik2 dan anak2 buah yang nakal tidak terkira. Memang tension melayan anak2 adik saya ni...tapi ia membuatkan hari2 berlalu penuh dengan nilai kekeluargaan..
Sepanjang hari mesti satu rumah riuh dengan tangisan, gelak tawa dan jeritan budak2 tu.
Selain tu saya memang boleh dikatakan hampir setiap hari turun pekan Marudu utk urusan itu & ini. Panasnya Marudu memang tidak terkata....kulit yang bukannya cerah sangat menjadi lebih gelap.... Panasnya memang menyengat. kereta ada aircond pun macam tiada aircond ja rasanya..
Walaupun agak lama cuti kali ni..terasa macam hanya 2/3 hari ja di kampung....cepat sangat masa berlalu...urusan pun tidak semuanya selesai.
Bagusnya cuti kali ni....ngam2 musim TARAP...huhuhu buah2an TOP di sabah ba ni..
Apalagi saya mengantam makan TARAP sampai sakit perut. Mana tidaknya, saya makan macam orang kebulur..tidak puas dengan buah masak, hentam lagi TARAP mentah utk buat sayur..
Sepanjang di kampung macam tidak lekang la sayur dengan buah tarap. Emmm.....asadap no...
Gembira2 di kampung pun ada juga kisah sedih yang menyelubungi semua keluarga adik beradik mama.... kesempatan cuti kali ni, saya ada melawat aunti Lina d hospital Lotong...
Bila bertemu dengannya.......saya berusaha utk keraskan hati sekuatnya supaya airmata tidak jatuh di pipi. Memang keadaanya semakin lemah. Tidak pernah terfikir kehidupan yang dia tempoh ada tertulis derita yang sangat perit utk ditanggung.
Bila melihat anak2 nya...saya dapat merasakan dari raut wajah mereka...mereka berusaha bersungguh2 utk menguatkan semangat dengan membiarkan raut wajah mereka seperti tiada apa yg membuatkan mereka susah hati/sedih/derita melihat mama yg mereka sangat sayang terlantar lemah di atas katil. Saya amat memahami keadaan mereka, biar kesedihan mereka simpan dalam hati, mereka tidak mahu mama mereka melihat kesedihan mereka itu terpampang di wajah kerana itu akan membuatkan mama mereka bertambah sedih. Sungguh berat dugaan yang Tuhan berikan kepada mereka, saya harapkan mereka semua kuat utk menempuh segala kemungkinan yang mendatang.
Jauh di lubuk hati........keinsafan juga yang menyapa diri...
Hargailah orang yang ada di sisi selagi ada.........jangan biarkan segala sesuatu perkara yang menyebabkan hubungan kekeluargaan itu retak. Biarlah segala sesuatu itu.....menjadi seperti debu2 berterbangan dan akan hilang bila ia ditimpa sang hujan...
Saturday, September 19, 2009
Hari yang "MURAM"
Tapi mata ni memang tidak boleh terlelap kalau jam sudah menjangkau 6am. Kalau paksa tutup mata pun mesti tidur2 ayam.....buat pening kepala saja..Jadi amik keputusan bangkit dari perbaringan. Keluar ke ruang tamu...rasanya ada sesuatu di luar sana yang biasa saya dengar bunyinya. Saya membuka cermin beranda rumah.....wah hujan bukan main lebat gila...
Rupanya hujan petang semalam masih belum berhenti lagi, ia berlarutan sampai ke pagi.....Nampaknya hari ini mesti berlalu dalam keadaan MURAM dan DINGIN.....
Rasanya cuti kali ni bermula dengan keadaan cuaca yang tidak ceria...Tapi harap2 besok cuaca tidaklah seperti hari ini..
Walaupun saya ni sudah 10 tahun menggunakan AIR ASIA utk balik ke kampung halaman,tapi kalau bab cuaca tidak baik ni...mesti juga hati terusik ketakutan..Yala...kalau awan tebal sangat mesti kapal tu bergegar. Saya ni memang takut dengan yang satu ni..
Keadaan yang muram.....membuatkan fikiran saya menerawang ke kampung halaman. Terdetik dihati rasa sedih dan pilu....Aunti Lina merupakan satu2nya adik mama yang selama ini saya anggap seperti sahabat, kawan dan kakak di kala Susah dan Senang. Saya tidak pernah terfikir dia akan dilanda masalah kesihatan yang ditakuti rata2 wanita. Selama ini...jika saya mempunyai sebarang masalah kesihatan atau sebarang cerita yang mengembirakan saya mesti akan menghubunginya utk berkongsi, meminta pendapat, pertolongan dan sebagainya...tapi kini semuanya berlalu begitu sahaja, kerana masalah kesihatannya yang tidak mengizinkan saya utk semua itu. Semenjak dia disahkan menghidapi masalah kesihatan...hanya ada sekali berkomunikasi dengannya melalui telepon, saya hanya akan menelepon anak bungsunya utk bertanyakan khabar. Bukannya apa....saya ni jenis orang yang tidak tahan mendengar suara orang dalam kesakitan...mesti tidak tertahan airmata jatuh bercucuran. ( Tidak juga bagus macam tu kan..) Bila saya memikirkan semua ini......se'pilu2 dan se'sedih2 hati saya...apalagi ahli keluarganya sendiri yang menyaksikan orang kesayangan mereka beerperang dengan kesakitan yang amat sangat. Mesti KESEDIHAN dan SAKIT di hati melihat semuanya itu, kerana sebagai insan biasa... kita tidak dapat berbuat apa2 utk mengurangkan derita sakit yang ditanggung ( saya pernah melalui semua ini-kalau boleh saya mahu mengantikan tempatnya, biar saya yang menanggung semua kesakitan yang dirasai. Tapi apakan daya semua adalah ketentuan.), hanya jagaan, semangat,kekuatan dan kasih sayang kita menyertainya setiap masa. Semua yang sedang dan akan berlaku adalah ketentuan-Nya.
Harapan saya....aunti Lina kuat dalam mengharungi setiap detik yang berlalu. Hanya doa dan harapan dari saya dan keluarga mengiringi setiap masa agar dirinya kuat mengharungi semua kesakitan. Kepada anak2nya serta uncle Sina semoga KUAT dari semua segi utk mengharungi hari2 yang mendatang.
Saya berharap saya akan bertemu dengannya masa cuti raya ni.......bagaimana agaknya keadaannya saat ini?...........
.......diharapkan hari2 yang berlalu akan memberi suatu yang bermakna kepada semua diluar sana....
Friday, September 18, 2009
Haloooooo...
Bukannya apa....sepanjang bulan puasa ni terlampau pulak bz nya.
Sampai mengupdate blog pun tiada kesempatan...kalu sudah balik umah petang2 dan malam tu ada juga la..tapi tiada tenaga sudah mau masuk alam maya.
Hari ni last day kerja...YAHOOOOO!!!!.....Opiz tutup 1 minggu. Bestnya.....
Tidak sabar rasanya mau rehat panjang2....tapi kalu di PJ ni mana la kah ada tempat yg sebaik kampung sendiri mau berehat dan kasi tenang fikiran. Nasib baiklah saya akan bercuti di kampung selama seminggu...
Dapatlah saya melepaskan keringat di laman rumah....sbb kalu di PJ ni tidak la pernah keluar peluh..asyik menggigil kesejukan ja setiap hari...rindu sangat menebas dan bercucuk tanam di kebun mama.....tapi tida apa..nantikan kepulangan saya dalam 2 hari ni...huhuhu...mesti aramai..
APApun...saya ucapakan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA PUASA kepada semua kengkawan dan ahli keluarga yang beragama Islam...
Monday, August 31, 2009
Birthday & Merdeka Day celebration at SHOGUN

Ice Cream
Mix Fruit
Dim Sum ( Chic.)
Cheese cake
Shishamo (Pregnant Fish) & Lala
Yam & Pandan cake with W.mellon
Squid Ring
Fresh mix vege ( Tempanyaki style)
Dim Sum
Shark Fin Soup
White fungus with longan & sea coconut
MixFruit
.....JAPANESE BUFFET RESTAURANT......
( Bagi kawan2 yg suka makanan buffet Jepun...sila ke 1utama Bandar Utama)
...Mesti terangkat punya.......tapi pastikan malam b'puasa supaya boleh belasah makanan keesokan harinya...
Monday, August 24, 2009
10/08/2009 (Isnin)
Seperti biasa hari itu...sya bersiap2 utk ke tempat kerja...dalam kesibukan utk bersiap2..telepon berbunyi menandakan SMS masuk....saya menoleh jam di dinding belum masuk jam 8am. "Haik!....Sapa la sibuk sangat awal2 pagi ni meng SMS aku.."
Dalam langkah malas, saya p juga cek SMS yang masuk....
" Tolong cepat sikit datang opiz....tidak berani masuk opiz la..."
Saya hairan juga...napa kawan sa tu tiba2 takut pula masuk opiz...sedangkan sebelum ni tidak pernah2 dia berkelakuan begitu..
Selepas saja membaca SMS tu..saya apalagi kelam-kabut la bersiap2. Hubby pun hairan...saya tiba2 macam tu...
Dalam 8minit saya sampai la di bawah office..saya nampak rakan sekerja saya sedang duduk disebuah restoran Mamak menunggu saya.
" Bear kenapa kau tidak masuk opiz pula?" Saya bertanya dengan perasaan hairan.."E...lee.....saya naik di atas, nampak pintu terbuka tapi lampu dalam opiz tidak menyala, jadi tidak berani la saya menjenguk siapa ada di dalam. Saya terus turun saja."
Kami berdua pun tertanya2 kenapa la pintu opiz dibiarkan terbuka begitu sahaja...siapalah la punya kerja tu...
Hampir jam 9am....rakan sekerja yang lain pun sampai...mereka semua hairan melihat saya dan Bear( Rakan sekerja dari Sabah juga)...lepak kedai Mamak ja. Tidak pernah2 kami lepak kedai Mamak pagi2, tu la pertama kali...kami bagitahu la apa yang berlaku. Kerana mereka adalah lelaki..jadi berani la naik atas...tidak lama kemudian seorang rakan sekerja turun dan memberitahu...."habis la...opiz kita kena pecah masuk, semua benda da hilang...." "Ha!!! Apa?!..kena pecah masuk?....habis la...." Kami semua bergegas naik...sesampainya saya diatas...saya terus pergi kedalam bilik saya dan rakan yang lain...Habis! Memang semuanya habis......yang tinggal hanya meja yang berselerakan...dengan di bawahnya penuh dengan serpihan kaca yang pecah...sebanyak 7 biji PC dan Moniter hilang....
Semua document dalam XL saya hilang......Wawawawa!!!!! Macamana la saya mau buat kerja ni...itu baru dalam bilik kami yang hilang.....belum masuk bilik lain...bilik Bos LCD, mata wang asing, dan byk lagi la yang hilang.....
Hari itu.....saya dan rakan2 yang lain keluar opiz...kerana terpaksa menanti kedatangan polis utk memeriksa dan mengambil cap jari perompak yang memecah masuk. Apa lagi kami semua berkampung di kedai Mamak la...tunggu polis datang dan menjalankan siasatan.
Dalam kepala penuh dengan masalah document hilang......matai la saya bermula dari bawah menyediakan program baru utk semua maklumat yang hilang..
nasib baik la saya masih ada laptop syarikat yang diberikan pada saya....boleh la saya gunakan utk buat kerja.....tapi dalam laptop tu tiada pula saya buat back-up utk document XL......
Jadi, selepas ni...sediakan payung Sebelum Hujan.....sebab.....Malang Tidak Berbau....betul tak?
Memang la........
Hai...1hari juga la kami rasa macam terkontang-kanting dalam opiz yang kosong...hanya ada meja sahaja. Dalam jam2 petang polis datang....membuat semua kerja hampir 1jam...selepas tu..baru la saya dan rakan2 buat kerja2 membersih dan mengemas apa yang tinggal...
HuHuHu.....sedihnya.......
Saturday, August 15, 2009
"Andai"
aku diberi pilihan
Ku pilih untuk dipisahkan
namun tidak semudah yang difikirkan
kalau dipisahkan..............
derita dan airmata akan bertandang
tidak tahu sampai bila ia akan berterusan
ku.. ke kekiri..
ke kanan..
ke depan..
ke belakaing..
delima......delima......delima......
dimana-mana berkeriapan
diri tidak dapat jawapan..
"mati kutu" juga di penghujung jalan..
Andai....
ini adalah ketentuan..
biar peribahasa "alang2 mandi biar basah"
menjadi kenyataan....
kerana..tiada siapa boleh menghalang
kenyataan....yang diundang.
hanya kalungan doa dari kami sekalian..
semoga apa saja yang mendatang
empunya diri kuat mengharungi..
setiap badai yang mendatang...
kerana semua yang bertandang
adalah dengan kerelaan perasaan....
.........ku harapkan.........
"TeRMinaL KasIH terAkhir"

Kini perceraian antara Rossie dan suaminya telah menjadi kenyataan setelah disahkan oleh ketua kampung Dalas serta keluarga kedua-dua belah pihak.
Hak penjagaan anak seramai empat orang itu diserahkan kepada Jell. Hal itu dipersetujui oleh Rossie sendiri memandangkan dia tidak berdaya dan tidak berkemampuan untuk membiayai segala perbelanjaan anak-anaknya. Tambahan pula, dalam keadaan Rossie yang tertekan itu tidak mengizinkannya untuk berbuat sedemikian. Walaupun hak penjagaan anak dalam bidang kuasa Jell, Juwie dan Jelsie tidak tinggal bersama ayah mereka. Kedua anak kembarnya itu tinggal bersama nenek mereka, makcik Lujie. Hanya adik lelaki mereka yang tinggal bersama Jell.
Setiap hujung minggu dan juga cuti sekolah Juwie dan Jelsie akan dihantar oleh ayah mereka untuk tinggal bersama Rossie. Perceraian itu memberikan perubahan kepada corak kehidupan anak-anak mereka. Juwie dan Jelsie kadang-kadang tidak tahu kehendak sendiri, bila bersama ayah mereka rindu dengan ibu dan bila bersama dengan ibu pula mereka merindui ayah dan nenek. Namun mereka tidak mampu untuk bersuara, kerana pasti ia tidak akan membawa apa-apa makna.
Isteri baru Jell, Dolse adalah janda beranak satu. Dia melayan anak-anak Jell tidaklah sebaik ibu sendiri, tapi masih tahu akan tanggungjawabnya sebagai ibu tiri kepada empat orang anak suaminya itu. Hedd dan Heri yang masih kecil itu cepat menyesuaikan diri dalam keluarga baru mereka. Kalau tidak Jell akan mengalami kesukaran. Bagi Juwie dan Jelsie, mereka memang tidak suka dengannya kerana menyebabkan perceraian ibubapa mereka. Nasib baiklah mereka tidak tinggal bersama, kalau tidak mungkin perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku.
Pernah sekali ibu Rossie datang mengajaknya tinggal bersamanya, tetapi ditolak kerana dia tidak sanggup untuk meninggalkan rumah yang begitu banyak memberi erti bahagia dan juga derita itu. Dia rela bersendirian, kadang-kadang Rossie duduk termenung di anjung rumah yang berhadapan dengan jalanraya, menunggu kalau-kalau orang-orang yang disayangi tiba-tiba muncul, tapi itu cuma mimpi di siang hari yang tidak akan pernah menjadi kenyataan.
Walaupun Rossie dan Jell sudah lama bercerai hubungan mereka masih baik kerana anak-anak. Dulu,di awal perceraian apabila Jell menghantar anak-anak perempuannya ke rumah bekas isterinya itu, Rossie tidak akan dapat mengawal rasa sedih dan rindunya itu sehingga menyebabkannya dia memeluk Jell sambil menangis dan mengadu tentang kesengsaraan hidup tanpa mereka. Sehingga dia pernah memberitahu Jell yang dia akan bersedia menerima Jell andai dia kembali ke pangkuannya suatu hari nanti. Kerana baginya rasa cinta, kasih dan sayangnya terhadap Jell tidak pernah berkurangan walau sedikitpun. Namun bagi Jell semua itu tidak mungkin akan berlaku lagi. Juwie dan Jelsie hanya mampu berdiam diri menyaksikan ‘sandiwara’ itu dengan perasaan sedih yang tidak terhingga.
Monday, August 10, 2009
"PERNAH"
sekali aku merasa marah
marah yang tidak tertahan
bagai terasa di setiap darah mengalir..
rasa itu....sukar digambarkan..
ikutkan hati, ingin menjadi hali-lintar
menyambar si gerangan
biar hangus ditelan zaman..
Namun diri disedarkan..
oleh satu suara yg hampir2 tidak kedengaran....
" biarkan amarah itu...
....berlalu mengikut angin lalu
biarkan sakit itu...
....menjadi kekuatan pada diri
biarkan masa jadi penentu..
....semua pasti akan terbukti nanti
biarkan diri saja yang tahu..
....betapa hati sengsara menahan liku
biarkan mereka menentukan sendiri..
....hidup yang seperti apakah nanti
biarkan PASRAH itu menyapa diri..
....kerana tiada daya menentukannya sendiri
biarkan diri mengumpul segala kekuatan..
....mengharungi segala drama yang mendatang
biarkan "PERNAH" itu..
....menjadi debu berterbangan yang akhirnya hilang bila ditimpa sang hujan....."
................................loly..........
Tuesday, July 28, 2009
" Bila NaK kAHwin"
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahupun kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Si teruna - emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara - ayah takut bergelar andalusia.
Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (hahaha)
Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi Kawin???
Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.... (haa..haa..haa)
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam ni jugak (haa..haa...haa)
Andai memilih isteri/suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties
kan bagus.
Bila nak kawin???
Aaahhh.....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh,
Tuhan yang tentukan.... kan
Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh...
Takkan ke mana
Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga rumah sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.....
.....khas kepada kengkawan yang sewaktu dengannya.....
Sunday, July 26, 2009
" CinTA pERtAmA"
semua manusia tidak lepas daripada
memilikinya.
Kalau nasib baik menyebelahi kita...
Cinta pertama itu akan membawa bahagia.
kalau sebaliknya maka cinta pertama itu..
akan membawa rasa pahit daripada rasa gula.
Bila rasa gula yang datang..
maka kehidupan seseorang itu bagai tiada kekurangan
semuanya indah tak terungkapkan.
Namun bila rasa Pahit yang datang..
cinta pertama itu membawa penderitaan.
gula yang kita rasa pada permulaan..berubah menjadi masin..
...dan akhirnya akan bertukar sangat pahit sampai rasa tidak tertahankan.
semua itu...seakan membawa kepada hilang kewarasan..
kalau diikut perasaan sepanjang hidup tak keruan.
Cinta pertama..
bila mana ia sudah hilang dari pandangan..
kita sedar..ia telah memberikan kita sesuatu yang tak ternilai....
HADIRnya memberi kita peluang dan PERGInya juga memberi kita peluang
Yang terbaik itu pergi..
Tapi yang SANGAT BAIK pasti menunggu..
dan akan menyapa kita suatu hari nanti..
dan akan memberi kita rasa..
...syukur kepada CinTA pERtAmA kerana..
HADIRnya da PERGInya...
memberikan kita hidup yang tidak ternilai maknanya...
Sunday, July 19, 2009
"Gara2 tidak ingat no telepon sendiri"
Apa program hari ni?...Aku tak tau lagi....Tadi pagi awal sangat bangun tido, jam 6am mesti tak dapat tido lagi. Biasa p kerja awal pagi.....da rancang bawa hubby p jalan2 tengok my Birthday present ( wah awalnya..)....tapi dia masih lena diulit mimpi.
Anyway.....saya isi masa online buat kerja sikit, pantau CCTV branch dan buang ulat kat laman anakdesa ni. N3 ni sepatutnya saya masukkan pada 3 hari yang lalu..tapi bz sesangat ngan kerja..sampai tiada kesempatan untuk buat N3 baru.
Pa pun...pada hari Jumaat yang lalu...seharian saya outstation, saya membuat keputusan untuk membuat internal Audit utk stock setiap branch dengan ditemani driver company. Seluruh Klang Valley maesti tidak habis dalam masa sehari tapi baik mulakan walau dalam sehari hanya dapat settlekan 2 branch sahaja. memang penat. Hari itu saya hanya dapat settlekan 2 tempat sahaja iaitu Taman Sri Damansara dan juga Putera Height. memang amat meletihkan. Tapi kalau kita happy buat sesuatu kerja mesti semua rasa itu dapat diketepikan yng penting kerja secara ikhlas.
Pada hari jumaat tu.......saya rasa macam dari hujung dunia ke hujung dunia. Walau duduk diam ja sepanjang perjalanan, tapi rasa pening sangat kerana driver bawa kereta laju sangat macam lipas. Huh! kalau ada lagi driver lain kan bagus, tapi pa leh wat. d pendekkan cerita...
bila saya sampai di putera Height saya mulakan pemantauan stock yg mereka ada. Tiba2 penyelia bertanya dengan saya..." Ika.....kak Natasya tadi ada call, dia suruh buat free service untuk PAJERO" ( company saya ni biasa panggil saya IKA....huhu). Saya menjawab pendek ja "o...ok"......kurang 15minit kemudiaan sebuah kereta datang....pacuan 4roda ni wah..mewah jg. Tapi saya tidak lah menberi perhatian sangat dengan customer tu. Maklum la saya mau cepat siap buat audit. Nanti lambat masuk opiz gara2 jem, Klang valley ni buli tahan juga kalau masuk bab kesesakan jalanraya. Macam mau termuntah.....
lebih kurang 40 minit process audit selesai, saya memeriksa seluruh kawasan outlet dalam keadaan kemas dan bersih dan semua internet connection berada dalam keadaan baik. Tuan empunya kereta tadi saya nampak bz melayan telepon..saya hanya memandang dan tersenyum tawar dengannya. Tanpa membuang masa.....saya dan pembantu saya IDA mengajak driver bergerak balik ke Damansara Perdana. Sebelum pergi saya sempat memberitahu penyelia outlet...yang agak sibuk dengan kerja. Customer tadi saya nampak sedang berdiri d satu sudut seperti sedang memerhati sahaja gelagat saya dengan staff lain yang agak mesra juga....sebagai rakan kerja.
Kami pun pergi...wah!! Happynya da settle destinasi terakhir untuk hari itu la. Seperti biasa kereta dbawa dengan laju....sehinggakan sampai opiz dalam tempoh masa 40minit sahaja. sedangkan jarak lokasi lebih kurang 70km. Buli tahan juga la...
sesampai saja d opiz saya melabuhkan badan di kerusi yg agak "empuk"....huhuhu.....letihnya..
Tidak sampai 10 minit...telefon di meja saya berdering...saya minta tolong rakan sekerja saya menyambutnya ( Zorra). Saya dengar zorra.." Hello...fasfik. who's on t line?...O..Ika? One Moment.." Dengan rasa liat saya menyambut ganggang telepon yg diberikan kepada saya..
Sesi Perbualan
Saya : Hello...Ika Speaking....
Client : Hi ika....r u in office? ( dlam hati..buduh jg orang ni dia memang cal telepon opiz pun)..
Saya : "Of course. May i know who's on t line?"
Client : I'm Mr. Chan
Saya : O.....Hi Mr chan..anything can help u? ( sya pun pening2 lalat siapa ni. Tp dalam Hati
ingatkan supplier. Maklumlah saya mana ingat semua nama supplier.
Client : Juz now i c u in Puchong.
Saya : Ha!!!! ( saya lagi + pening, mana ada p puchong)
Client : But i tak tegur u. I tengok u dari jauh.
Saya : O...but i tak pergi Puchong tadi. How come u saw me?
Client : No...I saw u in Putera Height.......
Saya : O...sorry im not regonize u.
Client : It's ok, but i really want to know u. As a friend.
Saya : No problem... but i still cant regonize u. Mr. chan can i know u r supplier or.....
Client : I'm ur insurans customer. Last week i had cal u regarding my voucher from
Allianz Fasfik Insurans.
Saya : O.....u r Mr. Chandran right?
Client : Yes, i am. Can u give me ur Handphone No? Anything i can cal u directly.
'la.......mati2 aku ingat dia ni orang cina.....baru la sa ingat dia ni customer insurans yg claim service. Baru la aku faham dia la orang yang berada di putera height tadi time aku bz buat kerja. Time dia cal opiz tempoh hari saya hampir gaduh dengannya sbb cerewet sangat"
Saya : Its ok no pblm.( Kalau customer mesti la jaga kan.. nanti hilang...susah. Tapi dalam hati mimang tidak mau bagi no tepon yg betul2..aku pun ingat2 no aku yang sudah tidak pakai tp x ingat jg. Jd saya minta la sama zorra....jadi aku bagi la ngan mamat ni.).
Client : Ika...tis is u no? Not ur friends no?
Saya : Yes....
Client : Ok i cal u now.
( Alamak!....matai...mampus la ni...tadi bagi no aku yg tidak sa pakai g. Tiba2....sa lagi yg terkejut bila hphone saya ke2 saya berdering. saya nampak no tak bernama terpapar di skrin)
Saya : Mr.Chandran, ok i recieved ur cal. (dalam perasaan kesal...sbb sa ni jenis orang yg tidak suka sangat bagi no tepon ngan orang yg tidak dikenali. Inikan orang yg baru dikenali, sdangkan rakan sekerja pun banyak yang belum dapat # tepon sa)
Client : Thank Ika, nice to c n know u. I'll cal u next time for a drink.
Saya : U r welcome..( cepat2 saya letakkan ganggang telepon)
...masa itu sudah hampir 5.30pm..telepon opiz berdering lagi...Zorra menyambutnya dan lelaki itu lagi..saya kata dengan zorra bagitau dengan dia saya ada meeting dengan Boss.
Handphone saya ada lebih daripada 6 missed call. Lastly saya terima sms dr lelaki tu.." Y u not pickup my cal?....r u bz, sorry to disturb u.." saya biarkan saja..........
kelmarin lelaki tu cal bberapa kali tapi saya tak pickup........last sekali saya dapat sms...
" HOW R U DEAR" ...............meremang bulu roma saya, saya tidak membalasnya.Sampai sekarang saya membiarkan saja.....( memang sejak mula lagi saya tau client ni ada something wrong...nasib baik hubby tak tau. huhu
Pengajaran daripada cerita ini.....kena ingat # telepon sendiri. Nanti kalau ada orang yg minta no...kita tidak terbagi yg betul2 no kita.
Thursday, July 9, 2009
RAPE CLIP FOUND in BOY's
KOTA KINABALU: A teacher conducting a spot check on a student’s cellphone found an explicit video clip of a 13-year-old girl being molested and raped by boys known to her.
Five students have since been arrested following a police report by the girl’s father two days ago after the teacher informed him of the recording.
One of the boys allegedly captured the crime on his handphone which showed a boy raping the girl and the others molesting her, Kota Marudu district police chief Deputy Supt Mohd Isa Yusof said yesterday.
“The clip showed the students kissing, hugging and groping the girl,” he said, adding that the video recording was believed to have been made on May 20 at a secluded kampung house in Sabah’s northern Kota Marudu district.
Those arrested included a Form Four student who is alleged to have raped the girl. The others were his Form Five schoolmates. They are aged between 17 and 19.
“One of the suspects was picked up from school while the rest were in their houses,” he said, adding that investigations were being carried out for rape and molest.
Asked why the girl had not reported the incident immediately, he said based on investigations, the girl and the boys apparently knew each other.
“It was only when the teacher found the video clip on the handphone and told her father that the case was reported to us,” he said, adding that it had been classified as statutory rape.
In another unrelated incident in east coast Semporna, police are investigating a case of a discipline teacher being assaulted by the father of a Form Three student.
The father, who is a soldier, hurt the teacher on his head, back and shoulder.
Sumber: THE STAR
Wednesday, July 8, 2009
"Malam yg tidak pernah dilupakan"
Selain itu.....saya dan kawan2 juga hampir setiap hari akan singgah untuk mengambil buah jambu batu di tepi jalan pulang kerumah. Pokok jambu ni tidak pandai putus2 buah dia, sampai2 saya, June, sepupu dan kawan2 lain mesti menghidap penyakit yang sama, iaitu sembelit. Sampai2 saya dipaksa meminum minyak kelapa kampuny yang betul2 tulin. Bayangkan, masa tu nenek memasak kuih wazik untuk dijual di tamu kampung pada keesokan hari. Jadi dia ambil la secawan minyak suam2. Hui!...itulah pertama kali dalam hidup saya meminum minyak kelapa yang saya rasa hampir mau muntah. Malam itu tidak juga berjaya buang air besar...punyala sengsara. Tapi keesokan hari pagi2 pergi sekolah...baru la rasa macam mau buang air besar...hahaha...pa lagi menyinggah la di kebun getah pakcik, ha melepas la di sana. Memang sengsara akibatnya...tapi memang mujarab minyak yang nenek suruh minum tu. Jdi ini adalah petua bagi siapa2 yang ada sembelit yang agak kritikal saya sarankan minum minyak kelapa atau sawit pun boleh kali. HAHAHA!!!
Satu petang saya dan sepupu2 main sampai tidak ingat makan.....kami main cucuk2. Maknanya, saya berada di bawah rumah ( orang kg panggil KULUNG ). Memandangkan lantai rumah ada yang diperbuat daripada ' tinatah buluh' maka senang sangat nak menyusuk orang yang sedang lending atau duduk. Bila mereka terkejut kerana terasa benda tanjam menyusuk bandan atau punggung. Memang jahat, bila kedapatan itu adalah kerja kami. Nenek marah dan cuba menakut-nakutkan kami. " Loly....jangan kamu buat begitu...nanti malam masa kamu tidur kamu pula yang kena. Kamu jangan main2, kamu tidak dapat tidur ni malam kena cucuk."
Dipendekkan cerita.....malam itu saya tidur lena, tiba saya terkejut bila saya rasa ada benda menyusuk saya dari bawah rumah. Saya ingatkan bermimpi, tapi bila saya sedarkan diri dengan betul2 memang saya dalam keadaan sedar dan betul2 rasa ada benda menyusuk. Saya tengok nenek tidur nyenyak di sebelah begitu juga dengan June. Serba salah juga saya mengejutkannya. Saya mengambil keputusan untuk mengalas tempat tidur dengan bantal. Tapi benda menyusuk tadi masih terasa sangat2. Oleh kerana tidak tahan, saya pun mengejutkan nenek dari tidur dan memberitahunya apa yang berlaku. Jadi nenek pun menyuruh saya pindah tempat tidur di sebelahnya. Saya mengalas bantal ditempat saya tidur, dan saya masih terasa tapi tidaklah seteruk sebelumnya. Oleh kerana takut yang amat sangat, saya tidak melelapkan mata sampailah ke pagi. Itulah balasan orang yang tidak mendengar nasihat orang2 tua. Nasihat yang dianggap sebagai hanya mengarut dan utk menakut-nakutkan betul2 berlaku pada malam itu. Tapi yang hairannya kenapa saya terasa ada benda yang menyusuk badan sedangkan lantai rumah diperbuat daripada papan tebal? Ha....tu la, peristiwa malam yang betul2 saya tidak pernah lupa sampai la sekarang..dan ia memberi kesan yang mendalam kepada zaman kanak2 saya. Sejak dari hari itu saya tidak pernah lagi bermain di bawah rumah apalagi melawan cakap orang2 tua.
Thursday, July 2, 2009
Apa ada dengan Cinta ii
i). Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali kamu menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
ii). Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup mata mu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan airmata dan terus tinggal di hati mu dalam jarak waktu yang cukup lama.
iii). Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Tuesday, June 30, 2009
"Terminal Kasih Terakhir"

Sejak kejadian cermin pecah hari itu, Jell tidak lagi memperdulikan isteri dan anak-anak. Hanya Rossie seorang sahaja yang berhempas pulas membanting tulang mencari nafkah mereka sekeluarga. Walaupun terpaksa ke ladang bersama keempat-empat orang anaknya dia masih berusaha untuk bekerja dengan penuh sabar. Dia sanggup membina khemah kecil untuk dijadikan tempat berteduh anak-anaknya dari panas matahari dan juga hujan.
Walau betapa sukar Rossie rasakan, dia tidak sesekali menyerah kerana dia HARUS....
Hubungannya dengan Jell kini semakin hambar, mereka tidak lagi tidur seranjang.
Rossie pula semakin tertekan. Sehinggalah pada suatu hari tiba-tiba Jell mengajak Rossie berbincang. Rossie berasa hairan, sudah lama benar suaminya tidak mengajaknya berbual. Kebetulan pada masa itu musim cuti sekolah, Juwie dan dua orang adik lelakinya bersama nenek mereka di kampung Madur.
Hanya Jelsie seorang sahaja yang bersama mereka, “ Rossie, ada sesuatu yang ingin saya katakan kepada kamu.” “Ada apa?” Rossie tidak sabar menanti penjelasan. Suasana agak tegang waktu itu. “Sebenarnya begini,...Saya..Saya..Mahu ceraikan awak.” Kata-kata Jell itu menyebabkan Rossie terhenti bernafas seketika. Hampir tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Kata-kata itu ibarat pisau tajam yang telah melapah hatinya sehingga lumat. “Jell..Kenapa dengan kamu? Kalau saya ada melakukan kesilapan, saya mohon maaf dan andai ada perbuatan saya yang menyebabkan awak bertindak sebegini saya akan mengubahnya. Tapi jangan sesekali sentuh perkataan cerai itu dihadapan saya. Saya tidak sanggup untuk mendengarnya, apatah lagi untuk menerimanya.” Rossie merayu bersungguh-sungguh. Namun Jell tidak menghiraukan rayuannya, tiba-tiba airmata mengalir di pipi Jell. Kenapa? Rossie pula dengan kesedihan yang sukar dibendung, tidak dapat mengawal airmatanya jatuh tanpa henti. Jell bersuara lagi, “ Rossie, saya terpaksa menceraikan kamu kerana saya perlu menunaikan tanggungjawab baru terhadap perempuan lain, maafkan saya.” Penjelasan yang keluar dari mulut Jell itu Rossie rasakan seperti mencabut nyawa dari jasadnya.
Dalam kelemahan dia bersuara, “kalau betul seperti yang kamu katakan, demi cinta saya terhadap kamu, saya sanggup dimadukan Jell. Tapi tolonglah jangan ceraikan saya, saya betul-betul tidak sanggup berpisah dengan kamu.” Airmatanya mengalir semakin deras. “Masalahnya perempuan itu tidak mahu saya melaksanakan tanggungjawab jika saya tidak ceraikan awak terlebih dahulu. Dia tidak mahu bermadu... Tolonglah fahami situasi saya.” Jelas Jell dengan nada serius. Rossie tidak mampu lagi untuk berkata-kata bila saja mendengar penjelasan itu. Tapi jauh di lubuk hatinya, “Ya Jell, saya memahami keadaan kamu, tetapi siapa pula yang memahami aku?” Rossie menangis terisak-isak. Jell begitu nekad untuk menceraikannya. Rossie sudah tidak bertenaga lagi, diri bagai kekabu yang terbang ditiup angin di awang-awangan tanpa arah tuju. Semua itu berlaku di depan mata Jelsie, dia tidak mampu berbuat apa-apa, hanya terdaya memeluk dan menangis disamping ibunya yang sudah tidak bermaya itu.
Walau dalam keadaan sedih Rossie terpaksa merelakan perpisahan itu, kini dia pasrah. Tidak ada gunanya mempertahankan rumahtangga yang akhirnya akan runtuh juga. Namun Rossie bersumpah pada dirinya sendiri bahawa dia merelakan perceraian itu bukan kerana hilangnya rasa cinta, kasih dan sayangnya terhadap Jell. Tidak sama sekali, kerana rasa itulah dia terpaksa merelakannya pergi.
Cinta
Cinta....
Hadir mu dengan rasa tanpa wajah
Mengocak indah di jiwa insan
Membina rindu di hujung resah
Cinta....
Kau mewarnai tujuh rasa
Sayang, rindu, senyum dan tawa
Cemburu, marah dan tangis
Bagai garisan tujuh pelangi
Di dada mu
Bahagia adalah kerabat kesetiaan mu
Curang adalah punca perpisahan mu
Cinta....
Misterimu sukar dimengerti
Mengapa dalam marah masih ada sayang?
Dalam benci masih ada rindu?
Mengapa ada lara di hujung sentuhan?
Cinta....
Yang setia tetap abadi
Walaupun hajat tidak kesampaian
( Syarifah Nurain Md Haris)
...... 2 b continue......
APA ada Dengan Cinta I
ii). Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta.
iii). Ada 2 titis airmata mengalir di sebuah sungai. Satu airmata itu menyapa airmata yang satu lagi. "Saya airmata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". jawab titis air mata kedua tu, " saya airmata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja."
Wednesday, June 24, 2009
"TaKDir"
Tapi beginilah manusia.....selagi ada upaya, mesti akan menyembunyikan kesilapan yang dlakukan. Tapi kata orang.......sepandai2 tupai jatuh juga ke bawah. Masa itu la......semua kebenaran akan terbongkar. Masa itulah segala adegan mementaskan sandiwara akan bermula. Alang tiada alasan........."takdir" juga yang dijadikan pematah kata. Sampai si mangsa tak terkata.
Hai.....apalah nasib.......
Tapi kadang2 aku tidak percaya dengan takdir..........sebab kekadang takdir sengaja dibuat2 oleh manusia. Bila dikatakan sesuatu yang berlaku itu adalah takdir.........macam termuntah aku dibuatnya. ( bagi mereka yang tahu jalan suatu cerita dan memahami watak dan perwatakan para watak dalam satu adegan la...). Senang sangat..meletakkan setiap yang berlaku itu adalah ketentuan takdir. huh!!!! Memang betul takdir itu ada...tapi tidak semua.
Ya...memang ada benarnya semua itu tapi, janganlah selalu sangat meletakkan diri dalam takdir...kerana kalau bukan diri sendiri semua masalah tidak akan timbul, harus ada keinsafan untuk mengubah kehidupan. Sama juga..rezeki tidak akan datang bergolek kalau kita sendiri tidak berusaha untuk mendapatkannya.
Tuesday, June 23, 2009
Memandangkan umah sa ada internet problem so...saya amik masa la awal pagi ni mengupdate laman CeritaAnakDesa ni. Last wek tiada apa yang menarik sangat untuk diperkatakan di laman ni.
Oh ya...saya ucapkan tahniah kepada EP ( B'loved friends ) kerana kejayaannya dalam sesi interview memasuki DPLI. Wah!!! Bestnya......saya tumpang gembira dengan kejayaanya...tak jauh dia pigi..tup2 sana UMS KK juga. Gembira tak terkira la ANOL...hahaha..........
Selama ini...berusaha dengan sabar akhirnya berbaloi juga.......percaya la saya....hidup manusia ada turun naiknya.
Monday, June 15, 2009
12/06/2009- DALAM SEJARAH
selesai menyediakan semua juadah malam, saya membiarkan gas terpasang dengan api yang paling kecil untuk memasak sup. Lalu bergegas untuk ke bilik mandi....
Selepas itu saya ke ruang tamu untuk menonton rancangan TV yg saya pun tidak ingat apa rancangannya. Sebelum mengambil keputusan untuk "lending" sekejap, merehatkan badan yang sangat letih....sempat jg ke dapur sekejap menjengah masakan di atas gas. Tapi belum masak sepenuhnya....(spt yg diinginkan..)
Lalu saya mengambil keputusan untuk menonton TV.......masa itu lebih kurang 9 malam, tiba2 saya ternampak daripada ekor mata satu cahaya yang sangat terang seperti kilat menyambar dapur, diiringi bunyi "Pssssssssssssssssssstttttttttttttttttttt!!!!!!" ( aik...lain jg).
Saya betul2 jadi kaku bila saja saya memandang tepat kearah dapur ( pintu saya biarkan terbuka) melihat api marak dengan begitu cepat. Begitu cepat menjilat dinding konkrit. Pada masa ini saya seorang di rumah kerana hubby belum balik daripada kerja.
Saya tidak tahu mau buat apa.....rasa hilang akal. Tapi saya kuatkan semangat dan memberanikan diri......dalam hati " Loly!!! Tenang...jgn panik" Saya cuba bercakap sendirian menghadapi situasi itu. Saya mengeletar teramat sangat, ikutkan seperti nak pengsan. Tapi saya kuatkan badan kerana takut juga mati hangus dalam rumah ba...masa ini la saya ingat Tuhan, dan juga keluarga saya.
Saya sangat ble.....apa yg saya ingat, tidak kekuatan dari mana saya memberanikan diri untuk menutup pili gas. Walaupun keadaan dapur sangat panas dengan api yang sedang menganas, tp hati seakan menyuruh saya berbuat demikian dan saya tidak sedar yg bila2 masa pada masa itu kalau tong gas meletup nah!!!!! musnah la aku dari muka bumi ni...huhuhu....sodih juga bunyinya. Selepas itu ( tapi belum lagi mencari kunci utk mau keluar tu...haik! mimang ko...sid kapataion nopo indadadan kangku to...) saya menutup semua punca elektrik. Kerana ka sid gonawo...mungkin kalau saluran letrik terputus mungkin lambat lagi kali sikit tu api merebak menjilat di ruang tamu. Tetapi makin lama saya rasa ada sesuatu yang memang tidak kena dengan saya...YA MIMANG LA....KUNCI RUMAH MANA SAYA SIMPAN?......
Aku dengan fikiran yg tidak stabil ke hulu ke hilir seperti lipas kudung terkejar2 mencari kunci rumah. hampir 5 minit saya mencari kunci baru jumpa di atas meja saja pula. Memang dalam keadaan seperti kunci pun nampak bukan kunci. Lalu saya cuba mebuka grill pintu tap setiap kali membukanya...kunci pula terjatuh berkali kerana tangan mengeletar amu makaso tooo...
Manangis sudah.....tapi ingat juga sayang nyawa...jadi berusaha la ba c karas tangan..sudah la pintu 2,3lapis kunci yg perlu dibuka.....
Nasib baik la akhirnya dapat juga saya membuka pintu keluar, keluar saja dari rumah....saya terus menjerit meminta tolong..." Tolong! Tolong! Tolong!....( Aik...bila saya teringat sekarang minta tolong tu...teringat pula saya iklan kecemasan d TV2 tu...mimang sobiji tooo..lucu plak sa ingat). Tidak ingat saya mana2 pintu jiran yang saya ketuk...lebih kurang 3 minit tiada siapa yg menjengah keluar...saya mati kutu...Saya mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah, api makin membesar. Saya mau mengambil documen2 penting...tapi saya langsung tidak tahu nak ambil apa dan nak bermula dari mana. Otak tak dapat berfungsi. Saya terus keluar lagi sambil menangis......bila saya nampak tiada sesiapa keluar...tangan saya seperti tindakan refleks menekan nombor 999...." hello selamat malam siapa di talian? ada kecemasa apa?"....begitulah apa yg saya dengar polis sedang menunggu jawapan dari saya. Saya rasa mulut saya bagai dikunci......beberapa saat baru suara keluar...." saya ada kecemasan rumah saya ada kebakaran dari dapur. Gas meletup......." saya bercakap terputus2. Lalu pihak polis menyambungkan saya kepada pihak bomba...La ...matai po kalau cm tu. Pada masa ini la saya nampak banyak orang datang dalam keadaan terkejut. Mereka bertanya kepada saya apa yang terjadi, saya tidak mampu berkata2 lagi, yang saya mampu hanya menganggkat tangan menunjuk kearah dapur yg terang benderang dengan api yang sudah sampai siling. Semua orang masuk rumah terutamanya orang sebelah rumah....(semua Bangla). Mereka cuba untuk memadamkan api, bomba pula menelefon saya untuk memastikan alamat rumah, namun saya tidak dapat berkata2, saya memberikan telefon saya kepada salah seorng jiran yang datang untuk memberikan alamat kawasan kediaman. Kedengaran dari luar bunyi letupan dari dapur, saya menjerit kepada orang di dalam untuk keluar kerana api sedang menganas. Rupanya bulb kalimantang di siling meletup kerana api.
Hampir 15minit, bomba tidak datang juga....bangla2 dari sebelah rumah pula bertungkus-lumus untuk memadam api.......dengan pertolongan semua pihak api berjaya dipadamkan...apabila bomba menelefon balik, saya katakan pada mereka tidak payahlah meneruskan perjalanan kerana api sudah berjaya dipadamkan. Syukur pada tuhan kerana
walau dalam keadaan ketakutan mereka dapat mengatasi api tersebut. Saya amat berterima kasih kepada mereka kerana kalau tidak sesuatu yang lebuh buruk sudah pasti akan berlaku.
pihak pengurusan security pun menemani saya sebelum hubby saya sampai, mungkin mereka faham akan ketakutan saya yang tidak boleh diungkapkan dengan kata2. Selepas beberapa ketika semua orang beredar dan saya masuk ke dalam rumah seperti badan sotong, langsung tidak bermaya. Dalam keadaan gelap tanpa cahaya lilin ( bekalan letrik terputus akibat kebakaran), saya merehatkan badan di atas sofa.....saya rasa, roh saya hilang dari jasad. Di mata hanya ada bayangan api....HUH!!!!! Smpai sekarang saya belum memasak lagi.....semua barang dapur musnah, sekarang segala kerosakan perlu dibaiki...termasuklah Wireman & Plumber. RM juga melayang...Tapi saya bersyukur pada tuhan kerana saya selamat daripada perkara yang paling buruk. Dan berpeluang menceritakan semua di laman ini untuk pengajaran semua.
Seumur hidup saya........ inilah kali pertama saya mengalami perkara seperti ini. Dpendekkan cerita.........
i). Kepada semua pastikan keadaan dapur atau tong gas anda setiap masa dalam keadaan yng baik( tiada kebocoran)
ii). Pastikan kunci pintu utama atau belakang rumah disimpan dalam satu tempat yang mudah dilihat.
iii) Pastikan semua barang dan document berharga simpan dalam satu tempat(kontena besar)...dan simpan d satu tempat yang senang kita ambil sewaktu kecemasan. Kalau tidak kita tidak akan dapat berfikir dengan baik semasa sesuatu kebakaran berlaku. Jangan jadi spt saya yang tidak tahu nak bermula dari mana.
iii) Pastikan hose gas yang digunakan adalah berkualiti, supaya ia tahan daripada suhu panas.
iv). Kalau menggunakan hose gas biasa pastikan kita menukarnya selepas setahun. Kerana ia hanya selamat digunakan selepas setahun.