Tuesday, June 30, 2009

"Terminal Kasih Terakhir"


EPISOD 11

Sejak kejadian cermin pecah hari itu, Jell tidak lagi memperdulikan isteri dan anak-anak. Hanya Rossie seorang sahaja yang berhempas pulas membanting tulang mencari nafkah mereka sekeluarga. Walaupun terpaksa ke ladang bersama keempat-empat orang anaknya dia masih berusaha untuk bekerja dengan penuh sabar. Dia sanggup membina khemah kecil untuk dijadikan tempat berteduh anak-anaknya dari panas matahari dan juga hujan.
Walau betapa sukar Rossie rasakan, dia tidak sesekali menyerah kerana dia HARUS....
Hubungannya dengan Jell kini semakin hambar, mereka tidak lagi tidur seranjang.
Rossie pula semakin tertekan. Sehinggalah pada suatu hari tiba-tiba Jell mengajak Rossie berbincang. Rossie berasa hairan, sudah lama benar suaminya tidak mengajaknya berbual. Kebetulan pada masa itu musim cuti sekolah, Juwie dan dua orang adik lelakinya bersama nenek mereka di kampung Madur.
Hanya Jelsie seorang sahaja yang bersama mereka, “ Rossie, ada sesuatu yang ingin saya katakan kepada kamu.” “Ada apa?” Rossie tidak sabar menanti penjelasan. Suasana agak tegang waktu itu. “Sebenarnya begini,...Saya..Saya..Mahu ceraikan awak.” Kata-kata Jell itu menyebabkan Rossie terhenti bernafas seketika. Hampir tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Kata-kata itu ibarat pisau tajam yang telah melapah hatinya sehingga lumat. “Jell..Kenapa dengan kamu? Kalau saya ada melakukan kesilapan, saya mohon maaf dan andai ada perbuatan saya yang menyebabkan awak bertindak sebegini saya akan mengubahnya. Tapi jangan sesekali sentuh perkataan cerai itu dihadapan saya. Saya tidak sanggup untuk mendengarnya, apatah lagi untuk menerimanya.” Rossie merayu bersungguh-sungguh. Namun Jell tidak menghiraukan rayuannya, tiba-tiba airmata mengalir di pipi Jell. Kenapa? Rossie pula dengan kesedihan yang sukar dibendung, tidak dapat mengawal airmatanya jatuh tanpa henti. Jell bersuara lagi, “ Rossie, saya terpaksa menceraikan kamu kerana saya perlu menunaikan tanggungjawab baru terhadap perempuan lain, maafkan saya.” Penjelasan yang keluar dari mulut Jell itu Rossie rasakan seperti mencabut nyawa dari jasadnya.

Dalam kelemahan dia bersuara, “kalau betul seperti yang kamu katakan, demi cinta saya terhadap kamu, saya sanggup dimadukan Jell. Tapi tolonglah jangan ceraikan saya, saya betul-betul tidak sanggup berpisah dengan kamu.” Airmatanya mengalir semakin deras. “Masalahnya perempuan itu tidak mahu saya melaksanakan tanggungjawab jika saya tidak ceraikan awak terlebih dahulu. Dia tidak mahu bermadu... Tolonglah fahami situasi saya.” Jelas Jell dengan nada serius. Rossie tidak mampu lagi untuk berkata-kata bila saja mendengar penjelasan itu. Tapi jauh di lubuk hatinya, “Ya Jell, saya memahami keadaan kamu, tetapi siapa pula yang memahami aku?” Rossie menangis terisak-isak. Jell begitu nekad untuk menceraikannya. Rossie sudah tidak bertenaga lagi, diri bagai kekabu yang terbang ditiup angin di awang-awangan tanpa arah tuju. Semua itu berlaku di depan mata Jelsie, dia tidak mampu berbuat apa-apa, hanya terdaya memeluk dan menangis disamping ibunya yang sudah tidak bermaya itu.
Walau dalam keadaan sedih Rossie terpaksa merelakan perpisahan itu, kini dia pasrah. Tidak ada gunanya mempertahankan rumahtangga yang akhirnya akan runtuh juga. Namun Rossie bersumpah pada dirinya sendiri bahawa dia merelakan perceraian itu bukan kerana hilangnya rasa cinta, kasih dan sayangnya terhadap Jell. Tidak sama sekali, kerana rasa itulah dia terpaksa merelakannya pergi.

Cinta

Cinta....
Hadir mu dengan rasa tanpa wajah
Mengocak indah di jiwa insan
Membina rindu di hujung resah

Cinta....
Kau mewarnai tujuh rasa
Sayang, rindu, senyum dan tawa
Cemburu, marah dan tangis
Bagai garisan tujuh pelangi
Di dada mu
Bahagia adalah kerabat kesetiaan mu
Curang adalah punca perpisahan mu

Cinta....
Misterimu sukar dimengerti
Mengapa dalam marah masih ada sayang?
Dalam benci masih ada rindu?
Mengapa ada lara di hujung sentuhan?

Cinta....
Yang setia tetap abadi
Walaupun hajat tidak kesampaian

( Syarifah Nurain Md Haris)

...... 2 b continue......



No comments:

Post a Comment