EPISOD 14
Kini perceraian antara Rossie dan suaminya telah menjadi kenyataan setelah disahkan oleh ketua kampung Dalas serta keluarga kedua-dua belah pihak.
Hak penjagaan anak seramai empat orang itu diserahkan kepada Jell. Hal itu dipersetujui oleh Rossie sendiri memandangkan dia tidak berdaya dan tidak berkemampuan untuk membiayai segala perbelanjaan anak-anaknya. Tambahan pula, dalam keadaan Rossie yang tertekan itu tidak mengizinkannya untuk berbuat sedemikian. Walaupun hak penjagaan anak dalam bidang kuasa Jell, Juwie dan Jelsie tidak tinggal bersama ayah mereka. Kedua anak kembarnya itu tinggal bersama nenek mereka, makcik Lujie. Hanya adik lelaki mereka yang tinggal bersama Jell.
Setiap hujung minggu dan juga cuti sekolah Juwie dan Jelsie akan dihantar oleh ayah mereka untuk tinggal bersama Rossie. Perceraian itu memberikan perubahan kepada corak kehidupan anak-anak mereka. Juwie dan Jelsie kadang-kadang tidak tahu kehendak sendiri, bila bersama ayah mereka rindu dengan ibu dan bila bersama dengan ibu pula mereka merindui ayah dan nenek. Namun mereka tidak mampu untuk bersuara, kerana pasti ia tidak akan membawa apa-apa makna.
Isteri baru Jell, Dolse adalah janda beranak satu. Dia melayan anak-anak Jell tidaklah sebaik ibu sendiri, tapi masih tahu akan tanggungjawabnya sebagai ibu tiri kepada empat orang anak suaminya itu. Hedd dan Heri yang masih kecil itu cepat menyesuaikan diri dalam keluarga baru mereka. Kalau tidak Jell akan mengalami kesukaran. Bagi Juwie dan Jelsie, mereka memang tidak suka dengannya kerana menyebabkan perceraian ibubapa mereka. Nasib baiklah mereka tidak tinggal bersama, kalau tidak mungkin perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Masa berlalu pergi,Rossie hidup bersendirian di rumahnya. Setiap hari dihabiskan untuk mengurus berbagai tanaman di ladang untuk menghilangkan serba sedikit kesepian dan kesengsaraan yang menyelubungi diri. Dia harus menyibukkan diri dan keluar dari rumah yang meninggalkan banyak kenangan itu. Rossie sedar,dia tidak harus melayan segala kemelut yang melandanya, kalau tidak pasti akan membawa padah pada diri sendiri. Namun begitu, Rossie tidak lepas dari kesedihan yang disertai oleh titisan air mata ekoran dari rasa rindu kepada anak-anak dan bekas suami. Apalagi bila dia asyik terbayang satu ketika dulu ruang rumah yang luas itu dipenuhi dengan hilai tawa keriangan sebuah keluarga bahagia. Namun yang tinggal kini adalah warna suram yang tidak menampakkan bayang sekalipun.
Pernah sekali ibu Rossie datang mengajaknya tinggal bersamanya, tetapi ditolak kerana dia tidak sanggup untuk meninggalkan rumah yang begitu banyak memberi erti bahagia dan juga derita itu. Dia rela bersendirian, kadang-kadang Rossie duduk termenung di anjung rumah yang berhadapan dengan jalanraya, menunggu kalau-kalau orang-orang yang disayangi tiba-tiba muncul, tapi itu cuma mimpi di siang hari yang tidak akan pernah menjadi kenyataan.
Walaupun Rossie dan Jell sudah lama bercerai hubungan mereka masih baik kerana anak-anak. Dulu,di awal perceraian apabila Jell menghantar anak-anak perempuannya ke rumah bekas isterinya itu, Rossie tidak akan dapat mengawal rasa sedih dan rindunya itu sehingga menyebabkannya dia memeluk Jell sambil menangis dan mengadu tentang kesengsaraan hidup tanpa mereka. Sehingga dia pernah memberitahu Jell yang dia akan bersedia menerima Jell andai dia kembali ke pangkuannya suatu hari nanti. Kerana baginya rasa cinta, kasih dan sayangnya terhadap Jell tidak pernah berkurangan walau sedikitpun. Namun bagi Jell semua itu tidak mungkin akan berlaku lagi. Juwie dan Jelsie hanya mampu berdiam diri menyaksikan ‘sandiwara’ itu dengan perasaan sedih yang tidak terhingga.

Akibat daripada tekanan perceraian itu juga, menyebabkan sikap Rossie mengalami perubahan. Kadang-kadang apabila Juwie dan Jelsie bersamanya dia akan memukul mereka sampai dia merasa puashati. Hal ini membuatkan mereka takut untuk pulang ke rumah ibu mereka itu. Nasib baiklah walaupun dalam usia yang masih kecil, mereka mampu untuk memahami tindakan Rossie. Tidak pernah terdetik dalam hati mereka berdua untuk membenci ibu. Kerana kesedaran itulah Juwie dan Jelsie mengenepikan perasaan takut dan terus bersama ibu mereka walau dalam apa keadaan sekalipun.
No comments:
Post a Comment