Hari ini biasa la.....saya menjangkakan utk tidur puas2 sampai ke tengahari atau paling tidak pun sampai pukul 9am macam tu...
Tapi mata ni memang tidak boleh terlelap kalau jam sudah menjangkau 6am. Kalau paksa tutup mata pun mesti tidur2 ayam.....buat pening kepala saja..Jadi amik keputusan bangkit dari perbaringan. Keluar ke ruang tamu...rasanya ada sesuatu di luar sana yang biasa saya dengar bunyinya. Saya membuka cermin beranda rumah.....wah hujan bukan main lebat gila...
Rupanya hujan petang semalam masih belum berhenti lagi, ia berlarutan sampai ke pagi.....Nampaknya hari ini mesti berlalu dalam keadaan MURAM dan DINGIN.....
Rasanya cuti kali ni bermula dengan keadaan cuaca yang tidak ceria...Tapi harap2 besok cuaca tidaklah seperti hari ini..
Walaupun saya ni sudah 10 tahun menggunakan AIR ASIA utk balik ke kampung halaman,tapi kalau bab cuaca tidak baik ni...mesti juga hati terusik ketakutan..Yala...kalau awan tebal sangat mesti kapal tu bergegar. Saya ni memang takut dengan yang satu ni..
Keadaan yang muram.....membuatkan fikiran saya menerawang ke kampung halaman. Terdetik dihati rasa sedih dan pilu....Aunti Lina merupakan satu2nya adik mama yang selama ini saya anggap seperti sahabat, kawan dan kakak di kala Susah dan Senang. Saya tidak pernah terfikir dia akan dilanda masalah kesihatan yang ditakuti rata2 wanita. Selama ini...jika saya mempunyai sebarang masalah kesihatan atau sebarang cerita yang mengembirakan saya mesti akan menghubunginya utk berkongsi, meminta pendapat, pertolongan dan sebagainya...tapi kini semuanya berlalu begitu sahaja, kerana masalah kesihatannya yang tidak mengizinkan saya utk semua itu. Semenjak dia disahkan menghidapi masalah kesihatan...hanya ada sekali berkomunikasi dengannya melalui telepon, saya hanya akan menelepon anak bungsunya utk bertanyakan khabar. Bukannya apa....saya ni jenis orang yang tidak tahan mendengar suara orang dalam kesakitan...mesti tidak tertahan airmata jatuh bercucuran. ( Tidak juga bagus macam tu kan..) Bila saya memikirkan semua ini......se'pilu2 dan se'sedih2 hati saya...apalagi ahli keluarganya sendiri yang menyaksikan orang kesayangan mereka beerperang dengan kesakitan yang amat sangat. Mesti KESEDIHAN dan SAKIT di hati melihat semuanya itu, kerana sebagai insan biasa... kita tidak dapat berbuat apa2 utk mengurangkan derita sakit yang ditanggung ( saya pernah melalui semua ini-kalau boleh saya mahu mengantikan tempatnya, biar saya yang menanggung semua kesakitan yang dirasai. Tapi apakan daya semua adalah ketentuan.), hanya jagaan, semangat,kekuatan dan kasih sayang kita menyertainya setiap masa. Semua yang sedang dan akan berlaku adalah ketentuan-Nya.
Harapan saya....aunti Lina kuat dalam mengharungi setiap detik yang berlalu. Hanya doa dan harapan dari saya dan keluarga mengiringi setiap masa agar dirinya kuat mengharungi semua kesakitan. Kepada anak2nya serta uncle Sina semoga KUAT dari semua segi utk mengharungi hari2 yang mendatang.
Saya berharap saya akan bertemu dengannya masa cuti raya ni.......bagaimana agaknya keadaannya saat ini?...........
.......diharapkan hari2 yang berlalu akan memberi suatu yang bermakna kepada semua diluar sana....
Saturday, September 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment