Tarikh ini bersamaan hari rabu..
Bermula malam 6/7/2009....hati betul2 tidak tenang mengingatkan Auntie Lina...
yang sedang bertarung nyawa melawan kesakitan. Perasaan hati memang kuat sangat untuk balik kg. Bila menerima khabar dari sepupu2, keadaanya sangat kritikal.
Airmata mengalir dipipi....tapi saya tidak boleh buat apa...memandangkan saya sudah 9 hari bercuti raya hari tu.....Ada kerja yang harus diselesaikan. Kerja bertimbun.....memang tidak boleh dielakkan, kalau ada orang lain yang boleh/tahu untuk membuat kerja saya itu kan bagus....
Pada tarikh ini....jam 8.12am.....telepon berdering...dengan sepantas kilat saya mencapai handphne. Sepupu ( Rasimi) bersuara sayup di hujung talian.." Lee......Auntie Lina tiada sudah..."
Saya jadi kaku.........Jantung bagai dicabut dari jasad rasanya, tidak terkata.
Hanya mampu duduk seketika dan airmata jatuh mengalir di pipi.
Sedih sangat2 kerana kepergiaannya....namun PASRAH juga di penghujungnya...lebih baik begitu daripada dia sengsara menahan kesakitan. Bermula dari semalam saya buat kerja tidak ketentuan....seringkali ada kesilapan. Manakan tidak jasad sahaja di sini, tapi hati dan fikiran bersama mereka di kampung. Ada ketika saya tidak tertahan airmata mengalir....cepat2 saya kesat...Semalam sepanjang perjalanan ke airport LCCT pun saya membisu sepanjang jalan. Saya terpaksa ke LCCT utk menyambut kedatangan peserta2 kursus anjuran KEMENTERIAN SUMBER DAN MANUSIA. ...
Saya betul2 memohon kemaafan daripada semua ahli keluarga Uncle Sina kerana tidak dapat bersama dengan mereka pada saat2 mereka memerlukan.
Harapan saya mereka sekeluarga Tabah dan Kuat menghadapi dugaan tuhan yang sangat berat ini. SEDIH....SEDIH....SEDIH....
Salam takziah untuk semua ahli keluarga....
Thursday, October 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment