Bulan ini antara bulan yang tidak akan pernah saya lupakan sepanjang hayat ini. Banyak sangat perkara yang berlaku. Kalau diikutkan hati tidak tertanggung rasanya. Kerana berhadapan dengan reality merupakan satu perkara yang amat sukar. Kalau tidak disertai dengan kesabaran, kekuatan serta rasa keinsafan ia akan seperti memakan diri kita sendiri.
Namun syukurlah....semuanya sudah berlalu.......walau dalam keadaan yang tidak dipinta tapi sekurang2nya semuanya selamat dengan kerelaan hati.
Ada satu masa airmata jatuh dipipi......memang tidak baik saya rasakan ia berlaku pada masa itu tapi......ia bukan disengajakan........Ia berlaku secara tiba2, walau hati berusaha menahan hiba sehinggakan lidah terasa sakit digigit sendiri utk menahan rasa itu menguasai diri..tetapi gagal. Permata putih jatuh juga akhirnya membasahai pipi.
Mingkin keana ketiadaan insan yang diharapan berada ditempat itu...atau kerana realiti yang berlaku di depan mata sangat sukar untuk difahami atau memahaminya.
Walauapapun dikata......semuanya sudah berlaku, Diri hanya mampu berdoa mereka yang bersatu akan mendapat keberkatan dan mereka yang pergi untuk selamanya akan memperolehi ketenangan di alam lain.
Dari Lensa mata hati saya berharap semuanya akan berjalan seperti yang diharapkan oleh mereka2 yang sewaktu dengannya.
Friday, October 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment