EPISOD 17
Satu hari, oleh kerana Jell sangat tertekan dengan kehidupan keluarganya yang miskin dia memanggil Jelsie datang ke rumah.
“Jelsie...ayah rasa nak jualkan basikal ayah. Ayah tidak tahu dengan cara apalagi ayah harus mendapatkan duit untuk menampung perbelanjaan kita sekeluarga. Lebih-lebih lagi untuk biaya persekolahan kamu adik-beradik.” Jelsie hampir-hampir tidak dapat menahan sebak di dada bila saja mendengar kata-kata ayahnya itu. Sebelum mengutarakan pendapatnya, dia menggigit hujung lidahnya sendiri supaya airmata tidak akan jatuh ke pipi.
“Ayah...Kalau ayah jual basikal itu, selepas ini dengan apa ayah akan bergerak kesana kemari untuk berurusan? Lagipula basikal itu sangat berjasa dengan kita sekeluarga semenjak enam belas tahun yang lalu. Dengan siapa ayah menjualnya?” Jelsie berharap sangat kata-katanya dapat mengubah niat ayahnya itu. “Jelsie, tidak apalah ayah akan fikirkan dulu perkara ini. Sambil itu ayah akan mencari ikhtiar lain untuk mendapatkan wang.” Dalam fikiran Jell hanya ada satu cara sahaja,dia akan meminta bantuan dari Rossie.
Jelsie sangat sedih melihat keadaan ayahnya, namun dia harus tabahkan diri sekuatnya untuk menempuh rintangan itu. Walau dalam keadaan sukar dia tetap bersunguh-sungguh mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi PMR yang tidak lama lagi akan menjelang, begitu juga dengan Juwie.
Tibalah saat yang mendebarkan bagi Juwie dan Jelsie serta semua pelajar tingkatan tiga untuk menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah. Mereka berharap segala susah payah keluarga selama ini akan mendapat hasil yang diharap-harapkan. Lebih kurang seminggu peperiksaan pun berakhir, Juwie dan Jelsie amat gembira sekali.Walaupun keputusan peperiksaan akan keluar tiga bulan kemudian mereka akan menunggunya dengan penuh debar. Sepanjang cuti sekolah mereka manfaatkan dengan sebaiknya untuk menolong ayah dan nenek di ladang serta menemani ibu mereka di masa terluang.
Sejak kebelakangan ini, mereka dapati ibu mereka mengalami perubahan yang ketara. Terpancar sinar-sinar kegembiraan di raut wajahnya. Mungkin kerana harapan yang diberikan oleh ayah mereka untuk kembali kepangkuannya tidak lama lagi. Ya!!...pasti kerana itu yang menyebabkan wajah yang dulunya suram kini dipenuhi dengan sinar harapan. Kerana harapan yang tidak terhingga itu, Rossie telah menyediakan kelengkapan untuk membuat rumah baru dan ia hasil sokongan Jell. Hubungan antara Jell dan Dolse pula boleh diibarat menunggu rumah usang untuk roboh.
EPISOD 18
Suatu malam Jell telah dijemput oleh abangnya ke rumah untuk menghadiri majlis pertunangan anak mereka Rita. Rita hanya berumur enam belas tahun masa itu dan lelaki yang ingin memilikinya itu jauh lebih tua, perbezaan umur mereka lebih daripada dua puluh tahun. Namun keluarganya tidak ambil kisah sangat kerana dia seorang yang kaya raya.
Malam itu mereka meraihkannya sampai ke pagi. Tidak cukup dengan itu mereka pergi pula ke rumah saudara yang lebih kurang dua puluh lima kilometer dari kampung Madur. Jell juga ikut serta kerana malas untuk melayan karenah isterinya yang sengaja menimbulkan perselisihan antara mereka bila dia berada di rumah.
Sudah dua hari Jell pergi tanpa khabar berita, Juwie dan Jelsie risau dan hairan, begitu juga dengan nenek mereka. Masuk hari ketiga,tarikh hari itu 27 oktober 1994 bersamaan hari rabu. Sekitar jam Sembilan pagi tiba-tiba sebuah kereta datang dan memaklumkan kepada mereka yang Jell telah dimasukkan ke hospital kerana jatuh dari kereta semalam.
Jelsie terus berlari ke rumah dan menukar pakaian dan pergi bersama ibu tirinya melihat keadaan ayah mereka saat itu di hospital.
Setibanya di hospital, doktor memaklumkan bahawa ayahnya sedang dirawat di bilik kecemasan. Jelsie dan ibu tirinya seperti cacing kepanasan, tidak sabar untuk menunggu rawatan itu selesai. Waktu itu Jelsie berharap sangat ayahnya tidak mengalami apa-apa yang serius. Harapannya, dia boleh berjumpa dan berbual dengan ayahnya tentang apa yang terjadi walaupun hanya sekejap saja. Mereka merasakan masa menunggu itu bagai bertahun lamanya. Selepas setengah jam, kelihatan pintu bilik kecemasan itu terbuka dan Jelsie melihat katil pesakit sedang ditolak oleh beberapa orang jururawat. Mata Jelsie terpaku pada sekujur tubuh yang hampir tidak dia kenali. Tubuh itu ditutupi oleh banyak benda yang sangat asing baginya. Jelsie ingin menerpa kearah katil ayahnya yang sedang ditolak tapi dihalang oleh para jururawat. Dia hanya mampu melihat ayahnya lenyap di sebalik pintu wad kecemasan.
“Kenapa dengan ayah?...Kenapa doktor menghalang saya daripada berjumpa dengannya?..” Jelsie sangat kecewa kerana tidak dapat berjumpa dan bertanyakan khabar sendiri dengan ayahnya itu. Di sebalik pintu wad kecemasan Rossie melihat dengan jelas sekali ayahnya terlantar kaku di atas katil berserta dengan bantuan pernafasan. Dalam benak Jelsie banyak sangat persoalan yang berlegar-legar, yang dia sendiri tidak mampu untuk menemui jawabnya. “ Kenapa ayah harus memakai benda asing itu? Bagaimana sebenarnya keadaan ayah sekarang?..Saya ingin berjumpa dan bercakap dengan ayah..Tapi....”Dia tidak dapat berbuat apa-apa, malahan doktor menghalangnya daripada memasuki bilik itu, jadi dia hanya mampu untuk memerhati di sebalik cermin pintu masuk

.............To be continue......
No comments:
Post a Comment