Monday, May 24, 2010

" Dalam Diam "



Lama tidak berkunjung di laman blog saya ni. Perjalanan hidup diteruskan seperti biasa, bulan May adalah bulan yang paling menarik sekali kerana bercuti selama 1 minggu di kampung. Tidak terlepas dengan aktiviti keluarga, " CUTI-CUTI BORNEO" merupakan aktiviti yang telah kami rancang semenjak setahun yang lalu. Syukur kerana ia telah terlaksana pada tahun ini. Aktiviti family outing ni sangat penting bagi kami kerana ia mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan kami. Semua adik beradik telah balik untuk sama2 menjayakan aktiviti tersebut. Mama merupakan orang pertama yang sangat gembira dengan program keluarga ini. Tidak terkecuali anak2 buah ku yang comei2......walaupun terseksa dengan perjalanan panjang dalam kereta yang "SANGAT JAUH" bagi mereka. Muntah sepanjang jalan merupakan peristiwa yang tidak akan saya lupakan, manakan tidak anak buah saya yang pertama= DESSY, 1st time muntah semua tumpah di pangkuan ku. HUH!!!!.....memang tidak terkata lah keadaannya. Saya pun hampir2 muntah dibuatnya.....nasib baik la ada restoran di tepi jalan yang memberi kebenaran kepada kami menggunakan kemudahan airnya. Kalau ikutkan hati memang terus mandi tapi tidak juga la sampai hati, nanti pelanggan restoran tu mau masuk, bos restoran tu pun bukannya syok sangat kami 3 orang masuk terus dalam toilet dia....yang sempat mandi terus cuma anak buah saya yang muntah tu. Saya tukar seluar dan mandi separuh ja la..( Faham2 ja). Perjalanan memang memenat dan memeningkan......sudahlah bawa keta laju, ditambah dengan selekoh banyak yang tidak tahan tu.

Namun sepanjang perjalanan memang SERONOK gila2, riuh dalam 1 keta dengan gelagat semua ahli keluarga. Anak buah ku ada 2 orang, yang sulung tu setiap kali naik kereta selepas singgah di suatu tempat memang mabuk dan MUNTAH TERUSSSS yang bungsu pula tidak pandai muntah tapi dia memang asal naik kereta MENANGIS TERUS tidak mau naik kereta, sampai bapa dia angkat macam kayu api masuk kereta. Dia memang takut/serik naik sebab dia memang sakit/pening kepala. HAHAHA!!!! seronok betul tengok gelagat mereka.
Walaupun 2 orang anak buah saya ni sengsara sepanjang jalan ke KUNDASANG, tapi mereka memang sangat seronok menikmati percutian, walaupun pening2 tapi bila saja turun dari kereta mereka mesti melonjak2/berlari2 di lokasi tersebut. Harap2 nx time kami dapat membuat program hari keluarga lagi.....kali ni mungkin akan pergi ke tempat yang lebih jauh sikit. Mudah2an ada rezeki lebih. Walaupun sedih sesekali mengusik hati kerana ketiadaan bapa dan nenek tercinta tapi saya masih bersyukur kerana masih diberikan kesempatan oleh-Nya menikmati masa yang ada bersama MAMA tercinta, suami, kakak, adik2, adik ipar dan anak2 buah. Kehilangan orang2 amat disayangi mengajar saya untuk lebih menghargai setiap waktu yang ada untuk mereka yang masih berada di sisi. MENIKMATI MANIS SEBELUM PAHIT DATANG adalah salah satu kata yang semua ahli keluarga pegang.
Walaupun kehidupan tidaklah sesempurna mana tapi dengan adanya ikatan kekeluargaan yang utuh semuanya nampak INDAH belaka.
Dalam pada itu juga, amalan keluarga mengadakan makan2 setiap kali kami balik tetap juga diteruskan walaupun ketiadaan NENEK.....keluarga uncle Rubin la yang akan datang setiap kali kami mengadakan majlis tersebut. Majlis bertambah istimewa pada kepulangan kami kali ini kerana kami mengadakan MAJLIS HARI IBU untuk mama. Nampak mama happy membuatkan kami semua juga merasa sangat gembira. Pengorbanannya terhadap anak2nya selama ini merupakan sesuatu yg amat2 tidak terbalas dengan wang ringgit, dia banyak memberikan yang terbaik untuk anak2nya walaupun ia sebenarnya diluar kemampuannya sebagai seorang IBU TUNGGAL.

.......Sambil2 jari jemari ku melakar kata.......Dalam diam2 airmata bergenang dan ia jatuh satu persatu, cepat2 aku mengesatnya..KENAPA??? mungkin juga gembira . nasib baiklah aku bersendirian di bilik tempat ku bekerja. HAHAHA!!!!....diriku betul2 masuk pada masa itu ooooo....

No comments:

Post a Comment