Monday, October 18, 2010

"MeNDung"

Isnin - keluar ke ruang tamu, terhidu bau semacam. Aku selak kain langsir, rupanya bau tadi datang daripada persekitaran yang ditimpa sang hujan. Kiranya bau itu ingin menyapa semua penghuni PJ bahawa sang hujan akhirnya datang untuk mengurangkan debu2 berterbangan akibat sang hujan sudah lama tidak kunjung datang. Hmmmmmmmm........
rasanya pagi yang segar....harap2 aku pun sesegar tumbuhan yang kiranya sedang bergembira riang kerana ditimpa hujan.
Namun..........sesampai di tempat kerja, rasa hati berada ditempat lain dan............mulalah jari jemari ku menari sehinggalah aku sampai ke laman yg sudah lama ku tinggalkan.
Betullah kata seorang kawan, 1 benda yang sudah lama kita tinggalkan pasti suatu masa, sama ada sedar atau tidak sedar ia akan muncul semula. Perasaan "Loneliness" tiba2 sahaja menghantui ku. Adui........
Dulu.........setiap kali aku berada ditahap ini, pasti dengan senang hati akan menekan beberapa butang sahaja dan meluahkannya sampai aku terasa lega. Tapi kini sepertinya saya terpaksalah menyimpan semua itu dalam lipatan cerita di sudut hati.
Kerana semua kita, pasti ada kisah tersendiri yang kita hanya selesa kongsikan dengan orang2 tertentu sahaja. Aku cuma mampu menunggu dan berharap agar cerita itu berakhir seperti yang aku harapkan.

No comments:

Post a Comment