Hari ini dalam sejarah, pagi tadi dalam 10.30am husband cal dan membaca surat rasmi dari kerajaan. Masa dia baca tu memang suspen, sebab macam surat saman PTPTN saja saya rasa. Tapi tidak mungkin sebab memang saya WHITE LIST punya. Hehehe....
Sebenarnya saya mendapat peluang berkhidmat dalam bidang kerajaan. Macam tidak percaya pula tapi itulah kenyataan. Gembira? Saya pun tidak tau macamana hendak menggambarkan perasaan sendiri. Lepas ni berjauhan dengan husband, hmmmm...macamana tu. Emmmm... rasanya tiada masalah juga. Jawatan tidaklah berpadanan dengan status pendidikan yang saya ada, tapi adalah lebih baik saya menghargai peluang yang datang. Memasuki jawatan kerajaan bukannya senang pada masa kini. Setelah sekian lama saya berusaha untuk mencuba nasib, jawatan ini juga yang memberikan rezeki pada saya. Teringat pula masa temuduga d wisma BSN lalu, kalau ikut prestasi saya yang bersaing dengan 5 orang yang lain memang saya rasa macam semut kecil saja, tapi mungkin penemuduga nampak saya seperti "SEMUT KECIL API". Hahaha...perasan pula saya ni.
Pagi ini juga saya hantar surat perletakan jawatan kepada pihak syarikat, sedih pula pergi. Tapi hargai peluang yang diberikan oleh kerajaan adalah satu tindakan yang terbaik.
Saya sekarang ini memang tidak tahu bermula dari mana. Banyak benda yang saya kena settlekan di PJ ni, kemas barang, beli barang(baju2) dan dan dan...banyak lagi la. Adui....
harapan saya semuanya berjalan dengan lancar.
Paling penting sekarang, dimanakah mereka akan menempatkan saya. Adakah nun jauh di puncak bukit, atau nun jauh di seberang laut..atau atau...aduh! Tiada idea. Matai la ni, menyesuaikan diri dengan kerja baru. Biasa dengan budak2? Tiada masalah juga la, orang kampung juga.
Apapun kerja mesti dilakukan dengan ikhlas dan amanah.
hmmmmm...."AKHIRNYA" saya diberikan peluang oleh-Nya sebagai pembantu pengurusan murid. Syukurlah dengan apa yang ada....dengan sokongan suami dan keluarga yang lain pasti semua ini akan berjalan dengan lancar.
Thursday, February 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment