Monday, August 31, 2009

Birthday & Merdeka Day celebration at SHOGUN

SHOGUN



.......Antara makanan yg sempat dijadikan koleksi......
Ice Cream

Mix Fruit

Dim Sum ( Chic.)

Cheese cake



Shishamo (Pregnant Fish) & Lala




Yam & Pandan cake with W.mellon

Squid Ring

Fresh mix vege ( Tempanyaki style)

Dim Sum

Shark Fin Soup
White fungus with longan & sea coconut
MixFruit
















...Thanks 4 everything..(hubby)..

.....JAPANESE BUFFET RESTAURANT......
( Bagi kawan2 yg suka makanan buffet Jepun...sila ke 1utama Bandar Utama)
...Mesti terangkat punya.......tapi pastikan malam b'puasa supaya boleh belasah makanan keesokan harinya...





























































































































































Monday, August 24, 2009

10/08/2009 (Isnin)

Hari itu merupakan antara hari yang paling tragis berlaku pada sepanjang suku kedua tahun 2009 ini. Manakan tidak....
Seperti biasa hari itu...sya bersiap2 utk ke tempat kerja...dalam kesibukan utk bersiap2..telepon berbunyi menandakan SMS masuk....saya menoleh jam di dinding belum masuk jam 8am. "Haik!....Sapa la sibuk sangat awal2 pagi ni meng SMS aku.."
Dalam langkah malas, saya p juga cek SMS yang masuk....
" Tolong cepat sikit datang opiz....tidak berani masuk opiz la..."
Saya hairan juga...napa kawan sa tu tiba2 takut pula masuk opiz...sedangkan sebelum ni tidak pernah2 dia berkelakuan begitu..
Selepas saja membaca SMS tu..saya apalagi kelam-kabut la bersiap2. Hubby pun hairan...saya tiba2 macam tu...
Dalam 8minit saya sampai la di bawah office..saya nampak rakan sekerja saya sedang duduk disebuah restoran Mamak menunggu saya.

" Bear kenapa kau tidak masuk opiz pula?" Saya bertanya dengan perasaan hairan.."E...lee.....saya naik di atas, nampak pintu terbuka tapi lampu dalam opiz tidak menyala, jadi tidak berani la saya menjenguk siapa ada di dalam. Saya terus turun saja."
Kami berdua pun tertanya2 kenapa la pintu opiz dibiarkan terbuka begitu sahaja...siapalah la punya kerja tu...
Hampir jam 9am....rakan sekerja yang lain pun sampai...mereka semua hairan melihat saya dan Bear( Rakan sekerja dari Sabah juga)...lepak kedai Mamak ja. Tidak pernah2 kami lepak kedai Mamak pagi2, tu la pertama kali...kami bagitahu la apa yang berlaku. Kerana mereka adalah lelaki..jadi berani la naik atas...tidak lama kemudian seorang rakan sekerja turun dan memberitahu...."habis la...opiz kita kena pecah masuk, semua benda da hilang...." "Ha!!! Apa?!..kena pecah masuk?....habis la...." Kami semua bergegas naik...sesampainya saya diatas...saya terus pergi kedalam bilik saya dan rakan yang lain...Habis! Memang semuanya habis......yang tinggal hanya meja yang berselerakan...dengan di bawahnya penuh dengan serpihan kaca yang pecah...sebanyak 7 biji PC dan Moniter hilang....
Semua document dalam XL saya hilang......Wawawawa!!!!! Macamana la saya mau buat kerja ni...itu baru dalam bilik kami yang hilang.....belum masuk bilik lain...bilik Bos LCD, mata wang asing, dan byk lagi la yang hilang.....
Hari itu.....saya dan rakan2 yang lain keluar opiz...kerana terpaksa menanti kedatangan polis utk memeriksa dan mengambil cap jari perompak yang memecah masuk. Apa lagi kami semua berkampung di kedai Mamak la...tunggu polis datang dan menjalankan siasatan.
Dalam kepala penuh dengan masalah document hilang......matai la saya bermula dari bawah menyediakan program baru utk semua maklumat yang hilang..
nasib baik la saya masih ada laptop syarikat yang diberikan pada saya....boleh la saya gunakan utk buat kerja.....tapi dalam laptop tu tiada pula saya buat back-up utk document XL......
Jadi, selepas ni...sediakan payung Sebelum Hujan.....sebab.....Malang Tidak Berbau....betul tak?
Memang la........
Hai...1hari juga la kami rasa macam terkontang-kanting dalam opiz yang kosong...hanya ada meja sahaja. Dalam jam2 petang polis datang....membuat semua kerja hampir 1jam...selepas tu..baru la saya dan rakan2 buat kerja2 membersih dan mengemas apa yang tinggal...
HuHuHu.....sedihnya.......

Saturday, August 15, 2009

"Andai"

Andai...
aku diberi pilihan
Ku pilih untuk dipisahkan
namun tidak semudah yang difikirkan
kalau dipisahkan..............
derita dan airmata akan bertandang
tidak tahu sampai bila ia akan berterusan
ku.. ke kekiri..
ke kanan..
ke depan..
ke belakaing..
delima......delima......delima......
dimana-mana berkeriapan
diri tidak dapat jawapan..
"mati kutu" juga di penghujung jalan..

Andai....
ini adalah ketentuan..
biar peribahasa "alang2 mandi biar basah"
menjadi kenyataan....
kerana..tiada siapa boleh menghalang
kenyataan....yang diundang.
hanya kalungan doa dari kami sekalian..
semoga apa saja yang mendatang
empunya diri kuat mengharungi..
setiap badai yang mendatang...
kerana semua yang bertandang
adalah dengan kerelaan perasaan....

.........ku harapkan.........

"TeRMinaL KasIH terAkhir"


EPISOD 14

Kini perceraian antara Rossie dan suaminya telah menjadi kenyataan setelah disahkan oleh ketua kampung Dalas serta keluarga kedua-dua belah pihak.
Hak penjagaan anak seramai empat orang itu diserahkan kepada Jell. Hal itu dipersetujui oleh Rossie sendiri memandangkan dia tidak berdaya dan tidak berkemampuan untuk membiayai segala perbelanjaan anak-anaknya. Tambahan pula, dalam keadaan Rossie yang tertekan itu tidak mengizinkannya untuk berbuat sedemikian. Walaupun hak penjagaan anak dalam bidang kuasa Jell, Juwie dan Jelsie tidak tinggal bersama ayah mereka. Kedua anak kembarnya itu tinggal bersama nenek mereka, makcik Lujie. Hanya adik lelaki mereka yang tinggal bersama Jell.

Setiap hujung minggu dan juga cuti sekolah Juwie dan Jelsie akan dihantar oleh ayah mereka untuk tinggal bersama Rossie. Perceraian itu memberikan perubahan kepada corak kehidupan anak-anak mereka. Juwie dan Jelsie kadang-kadang tidak tahu kehendak sendiri, bila bersama ayah mereka rindu dengan ibu dan bila bersama dengan ibu pula mereka merindui ayah dan nenek. Namun mereka tidak mampu untuk bersuara, kerana pasti ia tidak akan membawa apa-apa makna.
Isteri baru Jell, Dolse adalah janda beranak satu. Dia melayan anak-anak Jell tidaklah sebaik ibu sendiri, tapi masih tahu akan tanggungjawabnya sebagai ibu tiri kepada empat orang anak suaminya itu. Hedd dan Heri yang masih kecil itu cepat menyesuaikan diri dalam keluarga baru mereka. Kalau tidak Jell akan mengalami kesukaran. Bagi Juwie dan Jelsie, mereka memang tidak suka dengannya kerana menyebabkan perceraian ibubapa mereka. Nasib baiklah mereka tidak tinggal bersama, kalau tidak mungkin perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Masa berlalu pergi,Rossie hidup bersendirian di rumahnya. Setiap hari dihabiskan untuk mengurus berbagai tanaman di ladang untuk menghilangkan serba sedikit kesepian dan kesengsaraan yang menyelubungi diri. Dia harus menyibukkan diri dan keluar dari rumah yang meninggalkan banyak kenangan itu. Rossie sedar,dia tidak harus melayan segala kemelut yang melandanya, kalau tidak pasti akan membawa padah pada diri sendiri. Namun begitu, Rossie tidak lepas dari kesedihan yang disertai oleh titisan air mata ekoran dari rasa rindu kepada anak-anak dan bekas suami. Apalagi bila dia asyik terbayang satu ketika dulu ruang rumah yang luas itu dipenuhi dengan hilai tawa keriangan sebuah keluarga bahagia. Namun yang tinggal kini adalah warna suram yang tidak menampakkan bayang sekalipun.
Pernah sekali ibu Rossie datang mengajaknya tinggal bersamanya, tetapi ditolak kerana dia tidak sanggup untuk meninggalkan rumah yang begitu banyak memberi erti bahagia dan juga derita itu. Dia rela bersendirian, kadang-kadang Rossie duduk termenung di anjung rumah yang berhadapan dengan jalanraya, menunggu kalau-kalau orang-orang yang disayangi tiba-tiba muncul, tapi itu cuma mimpi di siang hari yang tidak akan pernah menjadi kenyataan.

Walaupun Rossie dan Jell sudah lama bercerai hubungan mereka masih baik kerana anak-anak. Dulu,di awal perceraian apabila Jell menghantar anak-anak perempuannya ke rumah bekas isterinya itu, Rossie tidak akan dapat mengawal rasa sedih dan rindunya itu sehingga menyebabkannya dia memeluk Jell sambil menangis dan mengadu tentang kesengsaraan hidup tanpa mereka. Sehingga dia pernah memberitahu Jell yang dia akan bersedia menerima Jell andai dia kembali ke pangkuannya suatu hari nanti. Kerana baginya rasa cinta, kasih dan sayangnya terhadap Jell tidak pernah berkurangan walau sedikitpun. Namun bagi Jell semua itu tidak mungkin akan berlaku lagi. Juwie dan Jelsie hanya mampu berdiam diri menyaksikan ‘sandiwara’ itu dengan perasaan sedih yang tidak terhingga.

Akibat daripada tekanan perceraian itu juga, menyebabkan sikap Rossie mengalami perubahan. Kadang-kadang apabila Juwie dan Jelsie bersamanya dia akan memukul mereka sampai dia merasa puashati. Hal ini membuatkan mereka takut untuk pulang ke rumah ibu mereka itu. Nasib baiklah walaupun dalam usia yang masih kecil, mereka mampu untuk memahami tindakan Rossie. Tidak pernah terdetik dalam hati mereka berdua untuk membenci ibu. Kerana kesedaran itulah Juwie dan Jelsie mengenepikan perasaan takut dan terus bersama ibu mereka walau dalam apa keadaan sekalipun.

Monday, August 10, 2009

"PERNAH"

Pernah.....
sekali aku merasa marah
marah yang tidak tertahan
bagai terasa di setiap darah mengalir..
rasa itu....sukar digambarkan..
ikutkan hati, ingin menjadi hali-lintar
menyambar si gerangan
biar hangus ditelan zaman..

Namun diri disedarkan..
oleh satu suara yg hampir2 tidak kedengaran....
" biarkan amarah itu...
....berlalu mengikut angin lalu
biarkan sakit itu...
....menjadi kekuatan pada diri
biarkan masa jadi penentu..
....semua pasti akan terbukti nanti
biarkan diri saja yang tahu..
....betapa hati sengsara menahan liku
biarkan mereka menentukan sendiri..
....hidup yang seperti apakah nanti
biarkan PASRAH itu menyapa diri..
....kerana tiada daya menentukannya sendiri
biarkan diri mengumpul segala kekuatan..
....mengharungi segala drama yang mendatang
biarkan "PERNAH" itu..
....menjadi debu berterbangan yang akhirnya hilang bila ditimpa sang hujan....."


................................loly..........

Tuesday, July 28, 2009

" Bila NaK kAHwin"

Bila nak kahwin..
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahupun kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Si teruna - emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara - ayah takut bergelar andalusia.

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (hahaha)

Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi Kawin???
Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.... (haa..haa..haa)
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam ni jugak (haa..haa...haa)
Andai memilih isteri/suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties
kan bagus.

Bila nak kawin???
Aaahhh.....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh,
Tuhan yang tentukan.... kan

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh...
Takkan ke mana

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga rumah sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.....


.....khas kepada kengkawan yang sewaktu dengannya.....

Sunday, July 26, 2009

" CinTA pERtAmA"

Cinta pertama.......
semua manusia tidak lepas daripada
memilikinya.

Kalau nasib baik menyebelahi kita...
Cinta pertama itu akan membawa bahagia.
kalau sebaliknya maka cinta pertama itu..
akan membawa rasa pahit daripada rasa gula.

Bila rasa gula yang datang..
maka kehidupan seseorang itu bagai tiada kekurangan
semuanya indah tak terungkapkan.

Namun bila rasa Pahit yang datang..
cinta pertama itu membawa penderitaan.
gula yang kita rasa pada permulaan..berubah menjadi masin..
...dan akhirnya akan bertukar sangat pahit sampai rasa tidak tertahankan.
semua itu...seakan membawa kepada hilang kewarasan..
kalau diikut perasaan sepanjang hidup tak keruan.

Cinta pertama..
bila mana ia sudah hilang dari pandangan..
kita sedar..ia telah memberikan kita sesuatu yang tak ternilai....
HADIRnya memberi kita peluang dan PERGInya juga memberi kita peluang

Yang terbaik itu pergi..
Tapi yang SANGAT BAIK pasti menunggu..
dan akan menyapa kita suatu hari nanti..
dan akan memberi kita rasa..
...syukur kepada CinTA pERtAmA kerana..
HADIRnya da PERGInya...
memberikan kita hidup yang tidak ternilai maknanya...