Monday, June 15, 2009

12/06/2009- DALAM SEJARAH

Seperti kebiasaan saya balik saja daripada kerja saya akan terus ke dapur untuk mencari2 benda untuk dimasak untuk makan malam. Saya membuka pintu dapur basah dan tidak perasan apa2 pun perubahan di ruangan itu.
selesai menyediakan semua juadah malam, saya membiarkan gas terpasang dengan api yang paling kecil untuk memasak sup. Lalu bergegas untuk ke bilik mandi....
Selepas itu saya ke ruang tamu untuk menonton rancangan TV yg saya pun tidak ingat apa rancangannya. Sebelum mengambil keputusan untuk "lending" sekejap, merehatkan badan yang sangat letih....sempat jg ke dapur sekejap menjengah masakan di atas gas. Tapi belum masak sepenuhnya....(spt yg diinginkan..)
Lalu saya mengambil keputusan untuk menonton TV.......masa itu lebih kurang 9 malam, tiba2 saya ternampak daripada ekor mata satu cahaya yang sangat terang seperti kilat menyambar dapur, diiringi bunyi "Pssssssssssssssssssstttttttttttttttttttt!!!!!!" ( aik...lain jg).
Saya betul2 jadi kaku bila saja saya memandang tepat kearah dapur ( pintu saya biarkan terbuka) melihat api marak dengan begitu cepat. Begitu cepat menjilat dinding konkrit. Pada masa ini saya seorang di rumah kerana hubby belum balik daripada kerja.
Saya tidak tahu mau buat apa.....rasa hilang akal. Tapi saya kuatkan semangat dan memberanikan diri......dalam hati " Loly!!! Tenang...jgn panik" Saya cuba bercakap sendirian menghadapi situasi itu. Saya mengeletar teramat sangat, ikutkan seperti nak pengsan. Tapi saya kuatkan badan kerana takut juga mati hangus dalam rumah ba...masa ini la saya ingat Tuhan, dan juga keluarga saya.
Saya sangat ble.....apa yg saya ingat, tidak kekuatan dari mana saya memberanikan diri untuk menutup pili gas. Walaupun keadaan dapur sangat panas dengan api yang sedang menganas, tp hati seakan menyuruh saya berbuat demikian dan saya tidak sedar yg bila2 masa pada masa itu kalau tong gas meletup nah!!!!! musnah la aku dari muka bumi ni...huhuhu....sodih juga bunyinya. Selepas itu ( tapi belum lagi mencari kunci utk mau keluar tu...haik! mimang ko...sid kapataion nopo indadadan kangku to...) saya menutup semua punca elektrik. Kerana ka sid gonawo...mungkin kalau saluran letrik terputus mungkin lambat lagi kali sikit tu api merebak menjilat di ruang tamu. Tetapi makin lama saya rasa ada sesuatu yang memang tidak kena dengan saya...YA MIMANG LA....KUNCI RUMAH MANA SAYA SIMPAN?......
Aku dengan fikiran yg tidak stabil ke hulu ke hilir seperti lipas kudung terkejar2 mencari kunci rumah. hampir 5 minit saya mencari kunci baru jumpa di atas meja saja pula. Memang dalam keadaan seperti kunci pun nampak bukan kunci. Lalu saya cuba mebuka grill pintu tap setiap kali membukanya...kunci pula terjatuh berkali kerana tangan mengeletar amu makaso tooo...
Manangis sudah.....tapi ingat juga sayang nyawa...jadi berusaha la ba c karas tangan..sudah la pintu 2,3lapis kunci yg perlu dibuka.....
Nasib baik la akhirnya dapat juga saya membuka pintu keluar, keluar saja dari rumah....saya terus menjerit meminta tolong..." Tolong! Tolong! Tolong!....( Aik...bila saya teringat sekarang minta tolong tu...teringat pula saya iklan kecemasan d TV2 tu...mimang sobiji tooo..lucu plak sa ingat). Tidak ingat saya mana2 pintu jiran yang saya ketuk...lebih kurang 3 minit tiada siapa yg menjengah keluar...saya mati kutu...Saya mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah, api makin membesar. Saya mau mengambil documen2 penting...tapi saya langsung tidak tahu nak ambil apa dan nak bermula dari mana. Otak tak dapat berfungsi. Saya terus keluar lagi sambil menangis......bila saya nampak tiada sesiapa keluar...tangan saya seperti tindakan refleks menekan nombor 999...." hello selamat malam siapa di talian? ada kecemasa apa?"....begitulah apa yg saya dengar polis sedang menunggu jawapan dari saya. Saya rasa mulut saya bagai dikunci......beberapa saat baru suara keluar...." saya ada kecemasan rumah saya ada kebakaran dari dapur. Gas meletup......." saya bercakap terputus2. Lalu pihak polis menyambungkan saya kepada pihak bomba...La ...matai po kalau cm tu. Pada masa ini la saya nampak banyak orang datang dalam keadaan terkejut. Mereka bertanya kepada saya apa yang terjadi, saya tidak mampu berkata2 lagi, yang saya mampu hanya menganggkat tangan menunjuk kearah dapur yg terang benderang dengan api yang sudah sampai siling. Semua orang masuk rumah terutamanya orang sebelah rumah....(semua Bangla). Mereka cuba untuk memadamkan api, bomba pula menelefon saya untuk memastikan alamat rumah, namun saya tidak dapat berkata2, saya memberikan telefon saya kepada salah seorng jiran yang datang untuk memberikan alamat kawasan kediaman. Kedengaran dari luar bunyi letupan dari dapur, saya menjerit kepada orang di dalam untuk keluar kerana api sedang menganas. Rupanya bulb kalimantang di siling meletup kerana api.
Hampir 15minit, bomba tidak datang juga....bangla2 dari sebelah rumah pula bertungkus-lumus untuk memadam api.......dengan pertolongan semua pihak api berjaya dipadamkan...apabila bomba menelefon balik, saya katakan pada mereka tidak payahlah meneruskan perjalanan kerana api sudah berjaya dipadamkan. Syukur pada tuhan kerana
walau dalam keadaan ketakutan mereka dapat mengatasi api tersebut. Saya amat berterima kasih kepada mereka kerana kalau tidak sesuatu yang lebuh buruk sudah pasti akan berlaku.
pihak pengurusan security pun menemani saya sebelum hubby saya sampai, mungkin mereka faham akan ketakutan saya yang tidak boleh diungkapkan dengan kata2. Selepas beberapa ketika semua orang beredar dan saya masuk ke dalam rumah seperti badan sotong, langsung tidak bermaya. Dalam keadaan gelap tanpa cahaya lilin ( bekalan letrik terputus akibat kebakaran), saya merehatkan badan di atas sofa.....saya rasa, roh saya hilang dari jasad. Di mata hanya ada bayangan api....HUH!!!!! Smpai sekarang saya belum memasak lagi.....semua barang dapur musnah, sekarang segala kerosakan perlu dibaiki...termasuklah Wireman & Plumber. RM juga melayang...Tapi saya bersyukur pada tuhan kerana saya selamat daripada perkara yang paling buruk. Dan berpeluang menceritakan semua di laman ini untuk pengajaran semua.

Seumur hidup saya........ inilah kali pertama saya mengalami perkara seperti ini. Dpendekkan cerita.........
i). Kepada semua pastikan keadaan dapur atau tong gas anda setiap masa dalam keadaan yng baik( tiada kebocoran)
ii). Pastikan kunci pintu utama atau belakang rumah disimpan dalam satu tempat yang mudah dilihat.
iii) Pastikan semua barang dan document berharga simpan dalam satu tempat(kontena besar)...dan simpan d satu tempat yang senang kita ambil sewaktu kecemasan. Kalau tidak kita tidak akan dapat berfikir dengan baik semasa sesuatu kebakaran berlaku. Jangan jadi spt saya yang tidak tahu nak bermula dari mana.
iii) Pastikan hose gas yang digunakan adalah berkualiti, supaya ia tahan daripada suhu panas.
iv). Kalau menggunakan hose gas biasa pastikan kita menukarnya selepas setahun. Kerana ia hanya selamat digunakan selepas setahun.


..............akhir sekali walau dalam keadaan macamanapun kita kena cuba sedaya upaya untuk menenangkan diri menghadapi situasi cemas..........
.....HARI INI PASTI AKAN JADI SEJARAH HIDUP ANAK DESA INI DI RANTAU ORG......

No comments:

Post a Comment