Sunday, June 14, 2009

"Hanya Ini Mampu kami lakukan"

Hari Bapa menjelma lagi.......
Namun seperti kebiasaan sepanjang 15 tahun ini, saya menyambut hari tersebut tanpanya dalam kehidupan ini. Hanya ingatan masa lalu dan rasa syukur yang tidak terhingga kerana menjadi anak yang bukan seperti " Kacang Lupakan Kulit".
Tahun ini.........saya amat gembira sekali kerana mempunyai adik-beradik yang semuanya mempunyai pertalian yang erat. Atas dasar itulah, pada hujung bulan May yang lalu saya dan semua keluarga akhirnya dapat juga melaksanakan racangan untuk mengadakan KENDURI MENDIANG kepada AYAH tercinta yang jauh dari realiti kehidupan kami.
Saya rasa ia merupakan satu kenduri yang sangat istimewa untuk semua ahli keluarga kerana inilah pertama kali kami semua adik beradik dapat berkumpul bersama dan berkerja keras untuk membina Makam utknya. Walaupun ia bukan la seperti makam orang lain yang nampak mewah tapi itulah benda terbaik daripada kami untuk Ayah. Orang kata " Ukur Baju di Badan Sendiri".
Upacara bermula pada 27hb/May dan berakhir pada 31st/May. Pada kemuncaknya.....rasa sendu di dasar hati menyelinap keluar. Titisan airmata mengiringi sesetengah keluarga, terutamanya nenek, adik sulung saya Hadderik dan termasuklah saya sendiri. Ia adalah airmata kerinduan dan juga kegembiraan kerana semuanya berjalan dengan lancar dari mula hingga ke akhirnya.
Saya berterima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang bertungkus lumus menjayakan kenduri tersemut. Terutamanya satu2nya pakcik saya yg tidak mengira siang atau malam berusaha sebaik mungkin memastika semuanya dalam keadaan baik. Selepas kenduri tersebut saya hanya ada masa sehari untuk bersama keluarga...kerana saya hanya dapat cuti 5 hari. kalau diikutkan hati nak bercuti panjang, sebulan pun tidak apa...tapi inilah hakikat hidup ANAK DESA di rantau orang. Selain tanggungjawab kepada ibubapa serta keluarga juga harus melaksanakan tanggungjaawab kepada majikan dimana kita mendapat sumber rezeki.

Sempena sambutan hari Bapa, hanya kata.........
" Terima Kasih Ayah kerana Membawa kami ke dunia ini, Hanya ini yang mampu kami lakukan sebagai tanda kasih kami semua....terima kasih segalanya..."

No comments:

Post a Comment