Thursday, July 9, 2009
RAPE CLIP FOUND in BOY's
KOTA KINABALU: A teacher conducting a spot check on a student’s cellphone found an explicit video clip of a 13-year-old girl being molested and raped by boys known to her.
Five students have since been arrested following a police report by the girl’s father two days ago after the teacher informed him of the recording.
One of the boys allegedly captured the crime on his handphone which showed a boy raping the girl and the others molesting her, Kota Marudu district police chief Deputy Supt Mohd Isa Yusof said yesterday.
“The clip showed the students kissing, hugging and groping the girl,” he said, adding that the video recording was believed to have been made on May 20 at a secluded kampung house in Sabah’s northern Kota Marudu district.
Those arrested included a Form Four student who is alleged to have raped the girl. The others were his Form Five schoolmates. They are aged between 17 and 19.
“One of the suspects was picked up from school while the rest were in their houses,” he said, adding that investigations were being carried out for rape and molest.
Asked why the girl had not reported the incident immediately, he said based on investigations, the girl and the boys apparently knew each other.
“It was only when the teacher found the video clip on the handphone and told her father that the case was reported to us,” he said, adding that it had been classified as statutory rape.
In another unrelated incident in east coast Semporna, police are investigating a case of a discipline teacher being assaulted by the father of a Form Three student.
The father, who is a soldier, hurt the teacher on his head, back and shoulder.
Sumber: THE STAR
Wednesday, July 8, 2009
"Malam yg tidak pernah dilupakan"
Selain itu.....saya dan kawan2 juga hampir setiap hari akan singgah untuk mengambil buah jambu batu di tepi jalan pulang kerumah. Pokok jambu ni tidak pandai putus2 buah dia, sampai2 saya, June, sepupu dan kawan2 lain mesti menghidap penyakit yang sama, iaitu sembelit. Sampai2 saya dipaksa meminum minyak kelapa kampuny yang betul2 tulin. Bayangkan, masa tu nenek memasak kuih wazik untuk dijual di tamu kampung pada keesokan hari. Jadi dia ambil la secawan minyak suam2. Hui!...itulah pertama kali dalam hidup saya meminum minyak kelapa yang saya rasa hampir mau muntah. Malam itu tidak juga berjaya buang air besar...punyala sengsara. Tapi keesokan hari pagi2 pergi sekolah...baru la rasa macam mau buang air besar...hahaha...pa lagi menyinggah la di kebun getah pakcik, ha melepas la di sana. Memang sengsara akibatnya...tapi memang mujarab minyak yang nenek suruh minum tu. Jdi ini adalah petua bagi siapa2 yang ada sembelit yang agak kritikal saya sarankan minum minyak kelapa atau sawit pun boleh kali. HAHAHA!!!
Satu petang saya dan sepupu2 main sampai tidak ingat makan.....kami main cucuk2. Maknanya, saya berada di bawah rumah ( orang kg panggil KULUNG ). Memandangkan lantai rumah ada yang diperbuat daripada ' tinatah buluh' maka senang sangat nak menyusuk orang yang sedang lending atau duduk. Bila mereka terkejut kerana terasa benda tanjam menyusuk bandan atau punggung. Memang jahat, bila kedapatan itu adalah kerja kami. Nenek marah dan cuba menakut-nakutkan kami. " Loly....jangan kamu buat begitu...nanti malam masa kamu tidur kamu pula yang kena. Kamu jangan main2, kamu tidak dapat tidur ni malam kena cucuk."
Dipendekkan cerita.....malam itu saya tidur lena, tiba saya terkejut bila saya rasa ada benda menyusuk saya dari bawah rumah. Saya ingatkan bermimpi, tapi bila saya sedarkan diri dengan betul2 memang saya dalam keadaan sedar dan betul2 rasa ada benda menyusuk. Saya tengok nenek tidur nyenyak di sebelah begitu juga dengan June. Serba salah juga saya mengejutkannya. Saya mengambil keputusan untuk mengalas tempat tidur dengan bantal. Tapi benda menyusuk tadi masih terasa sangat2. Oleh kerana tidak tahan, saya pun mengejutkan nenek dari tidur dan memberitahunya apa yang berlaku. Jadi nenek pun menyuruh saya pindah tempat tidur di sebelahnya. Saya mengalas bantal ditempat saya tidur, dan saya masih terasa tapi tidaklah seteruk sebelumnya. Oleh kerana takut yang amat sangat, saya tidak melelapkan mata sampailah ke pagi. Itulah balasan orang yang tidak mendengar nasihat orang2 tua. Nasihat yang dianggap sebagai hanya mengarut dan utk menakut-nakutkan betul2 berlaku pada malam itu. Tapi yang hairannya kenapa saya terasa ada benda yang menyusuk badan sedangkan lantai rumah diperbuat daripada papan tebal? Ha....tu la, peristiwa malam yang betul2 saya tidak pernah lupa sampai la sekarang..dan ia memberi kesan yang mendalam kepada zaman kanak2 saya. Sejak dari hari itu saya tidak pernah lagi bermain di bawah rumah apalagi melawan cakap orang2 tua.
Thursday, July 2, 2009
Apa ada dengan Cinta ii
i). Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali kamu menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
ii). Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup mata mu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan airmata dan terus tinggal di hati mu dalam jarak waktu yang cukup lama.
iii). Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Tuesday, June 30, 2009
"Terminal Kasih Terakhir"

Sejak kejadian cermin pecah hari itu, Jell tidak lagi memperdulikan isteri dan anak-anak. Hanya Rossie seorang sahaja yang berhempas pulas membanting tulang mencari nafkah mereka sekeluarga. Walaupun terpaksa ke ladang bersama keempat-empat orang anaknya dia masih berusaha untuk bekerja dengan penuh sabar. Dia sanggup membina khemah kecil untuk dijadikan tempat berteduh anak-anaknya dari panas matahari dan juga hujan.
Walau betapa sukar Rossie rasakan, dia tidak sesekali menyerah kerana dia HARUS....
Hubungannya dengan Jell kini semakin hambar, mereka tidak lagi tidur seranjang.
Rossie pula semakin tertekan. Sehinggalah pada suatu hari tiba-tiba Jell mengajak Rossie berbincang. Rossie berasa hairan, sudah lama benar suaminya tidak mengajaknya berbual. Kebetulan pada masa itu musim cuti sekolah, Juwie dan dua orang adik lelakinya bersama nenek mereka di kampung Madur.
Hanya Jelsie seorang sahaja yang bersama mereka, “ Rossie, ada sesuatu yang ingin saya katakan kepada kamu.” “Ada apa?” Rossie tidak sabar menanti penjelasan. Suasana agak tegang waktu itu. “Sebenarnya begini,...Saya..Saya..Mahu ceraikan awak.” Kata-kata Jell itu menyebabkan Rossie terhenti bernafas seketika. Hampir tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Kata-kata itu ibarat pisau tajam yang telah melapah hatinya sehingga lumat. “Jell..Kenapa dengan kamu? Kalau saya ada melakukan kesilapan, saya mohon maaf dan andai ada perbuatan saya yang menyebabkan awak bertindak sebegini saya akan mengubahnya. Tapi jangan sesekali sentuh perkataan cerai itu dihadapan saya. Saya tidak sanggup untuk mendengarnya, apatah lagi untuk menerimanya.” Rossie merayu bersungguh-sungguh. Namun Jell tidak menghiraukan rayuannya, tiba-tiba airmata mengalir di pipi Jell. Kenapa? Rossie pula dengan kesedihan yang sukar dibendung, tidak dapat mengawal airmatanya jatuh tanpa henti. Jell bersuara lagi, “ Rossie, saya terpaksa menceraikan kamu kerana saya perlu menunaikan tanggungjawab baru terhadap perempuan lain, maafkan saya.” Penjelasan yang keluar dari mulut Jell itu Rossie rasakan seperti mencabut nyawa dari jasadnya.
Dalam kelemahan dia bersuara, “kalau betul seperti yang kamu katakan, demi cinta saya terhadap kamu, saya sanggup dimadukan Jell. Tapi tolonglah jangan ceraikan saya, saya betul-betul tidak sanggup berpisah dengan kamu.” Airmatanya mengalir semakin deras. “Masalahnya perempuan itu tidak mahu saya melaksanakan tanggungjawab jika saya tidak ceraikan awak terlebih dahulu. Dia tidak mahu bermadu... Tolonglah fahami situasi saya.” Jelas Jell dengan nada serius. Rossie tidak mampu lagi untuk berkata-kata bila saja mendengar penjelasan itu. Tapi jauh di lubuk hatinya, “Ya Jell, saya memahami keadaan kamu, tetapi siapa pula yang memahami aku?” Rossie menangis terisak-isak. Jell begitu nekad untuk menceraikannya. Rossie sudah tidak bertenaga lagi, diri bagai kekabu yang terbang ditiup angin di awang-awangan tanpa arah tuju. Semua itu berlaku di depan mata Jelsie, dia tidak mampu berbuat apa-apa, hanya terdaya memeluk dan menangis disamping ibunya yang sudah tidak bermaya itu.
Walau dalam keadaan sedih Rossie terpaksa merelakan perpisahan itu, kini dia pasrah. Tidak ada gunanya mempertahankan rumahtangga yang akhirnya akan runtuh juga. Namun Rossie bersumpah pada dirinya sendiri bahawa dia merelakan perceraian itu bukan kerana hilangnya rasa cinta, kasih dan sayangnya terhadap Jell. Tidak sama sekali, kerana rasa itulah dia terpaksa merelakannya pergi.
Cinta
Cinta....
Hadir mu dengan rasa tanpa wajah
Mengocak indah di jiwa insan
Membina rindu di hujung resah
Cinta....
Kau mewarnai tujuh rasa
Sayang, rindu, senyum dan tawa
Cemburu, marah dan tangis
Bagai garisan tujuh pelangi
Di dada mu
Bahagia adalah kerabat kesetiaan mu
Curang adalah punca perpisahan mu
Cinta....
Misterimu sukar dimengerti
Mengapa dalam marah masih ada sayang?
Dalam benci masih ada rindu?
Mengapa ada lara di hujung sentuhan?
Cinta....
Yang setia tetap abadi
Walaupun hajat tidak kesampaian
( Syarifah Nurain Md Haris)
...... 2 b continue......
APA ada Dengan Cinta I
ii). Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta.
iii). Ada 2 titis airmata mengalir di sebuah sungai. Satu airmata itu menyapa airmata yang satu lagi. "Saya airmata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". jawab titis air mata kedua tu, " saya airmata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja."
Wednesday, June 24, 2009
"TaKDir"
Tapi beginilah manusia.....selagi ada upaya, mesti akan menyembunyikan kesilapan yang dlakukan. Tapi kata orang.......sepandai2 tupai jatuh juga ke bawah. Masa itu la......semua kebenaran akan terbongkar. Masa itulah segala adegan mementaskan sandiwara akan bermula. Alang tiada alasan........."takdir" juga yang dijadikan pematah kata. Sampai si mangsa tak terkata.
Hai.....apalah nasib.......
Tapi kadang2 aku tidak percaya dengan takdir..........sebab kekadang takdir sengaja dibuat2 oleh manusia. Bila dikatakan sesuatu yang berlaku itu adalah takdir.........macam termuntah aku dibuatnya. ( bagi mereka yang tahu jalan suatu cerita dan memahami watak dan perwatakan para watak dalam satu adegan la...). Senang sangat..meletakkan setiap yang berlaku itu adalah ketentuan takdir. huh!!!! Memang betul takdir itu ada...tapi tidak semua.
Ya...memang ada benarnya semua itu tapi, janganlah selalu sangat meletakkan diri dalam takdir...kerana kalau bukan diri sendiri semua masalah tidak akan timbul, harus ada keinsafan untuk mengubah kehidupan. Sama juga..rezeki tidak akan datang bergolek kalau kita sendiri tidak berusaha untuk mendapatkannya.
Tuesday, June 23, 2009
Memandangkan umah sa ada internet problem so...saya amik masa la awal pagi ni mengupdate laman CeritaAnakDesa ni. Last wek tiada apa yang menarik sangat untuk diperkatakan di laman ni.
Oh ya...saya ucapkan tahniah kepada EP ( B'loved friends ) kerana kejayaannya dalam sesi interview memasuki DPLI. Wah!!! Bestnya......saya tumpang gembira dengan kejayaanya...tak jauh dia pigi..tup2 sana UMS KK juga. Gembira tak terkira la ANOL...hahaha..........
Selama ini...berusaha dengan sabar akhirnya berbaloi juga.......percaya la saya....hidup manusia ada turun naiknya.