Pada hari ahad lalu...........
Saya mengambil kesempatan untuk p window shopping bersama dengan F & M. IL
Kitaorang p midvalley sahaja. Saya sempat belikan beberapa barang sebagai buah tangan.
Masalahnya F & M. IL sa tu tidak la sesihat orang muda yang ada kelebihan tenaga untuk berjalan sana sini utk melihat barangan yang rasanya menarik hati di sesebuah pusat membeli belah.
Sampaikan FIL saya ni bising2 kata kaki sakit, penat la....sampai MIL pula kata dengan dia, "O...kalau dalam shopping complex pandai penat...tapi kalau berdiri dari pagi sampai petang dalam kasino( Genting Highland)tak pula rasa penat". Saya diam ja mendengar mereka bertekak. tapi kesian juga saya melihat mereka ni........saya mengambil keputusan untuk menamatkan program membelek2 barang tanpa membeli dengan segera.
last station saya membeli keperluan dapur d jusco..apalagi mestilah sayur2nya yang segar2..ORGANIC. Kalau hujung minggu mesti tak lepas beli vege dekat sini. Erm.......best.
Lepas semuanya selesai.............kitaorang balik...troli jusco walaupun tidak penuh, tapi berat juga sebab diisi dengan beras 10kg. Sampai di eskelator ( betul ka ejaan saya ni?)...saya menolak troli seperti biasa..sambil berbual2 dengan MIL. Sampai hujung sekali masa nak tolak troli tu..tiba2 troli tidak dapat di tolak ...jadi kelam kabut dibuatnya. Saya cuba menolak sekuatnya tapi tak lepas. Apalagi kita berlari2 anak ditempat sendiri, seperti bersenam rasanya. Kalau tidak macam tu..mesti semua orang bertimpa2 jatuh seperti kayu..kahkahkah..nasib baiklah tidak lama sangat, FIL tolak troli tu sekuat hati dapat juga melepasi garisan hujung eskelator. Gila betul.....
semua orang tersengih2 dan ada muka yang kelihatan takut..kihkihkih mana tidaknya takut la kalau jatuh bertimpa2. Lucu betu....selama ni tidak pernah terjadi keadaan macam tu...lepas ni tidak berani la saya menyorong troli di tangga bergerak ni...haiya....
Wednesday, October 21, 2009
Friday, October 16, 2009
"Dari Lensa Mata Hati"
Bulan ini antara bulan yang tidak akan pernah saya lupakan sepanjang hayat ini. Banyak sangat perkara yang berlaku. Kalau diikutkan hati tidak tertanggung rasanya. Kerana berhadapan dengan reality merupakan satu perkara yang amat sukar. Kalau tidak disertai dengan kesabaran, kekuatan serta rasa keinsafan ia akan seperti memakan diri kita sendiri.
Namun syukurlah....semuanya sudah berlalu.......walau dalam keadaan yang tidak dipinta tapi sekurang2nya semuanya selamat dengan kerelaan hati.
Ada satu masa airmata jatuh dipipi......memang tidak baik saya rasakan ia berlaku pada masa itu tapi......ia bukan disengajakan........Ia berlaku secara tiba2, walau hati berusaha menahan hiba sehinggakan lidah terasa sakit digigit sendiri utk menahan rasa itu menguasai diri..tetapi gagal. Permata putih jatuh juga akhirnya membasahai pipi.
Mingkin keana ketiadaan insan yang diharapan berada ditempat itu...atau kerana realiti yang berlaku di depan mata sangat sukar untuk difahami atau memahaminya.
Walauapapun dikata......semuanya sudah berlaku, Diri hanya mampu berdoa mereka yang bersatu akan mendapat keberkatan dan mereka yang pergi untuk selamanya akan memperolehi ketenangan di alam lain.
Dari Lensa mata hati saya berharap semuanya akan berjalan seperti yang diharapkan oleh mereka2 yang sewaktu dengannya.

Thursday, October 8, 2009
"kabut masa"
DUDUK BERSEORANGAN D LCCT SAMBIL FIKIRAN MENERAWANG KE TEMPAT LAIN.......DIRI BAGI SAYA ADALAH SANGAT KECIL DI KALANGAN MANUSIA YANG BERBAGAI RAGAM. DENGAN RASA YANG BERCAMPUR BAUR SAYA KELUARKAN HANDPHONE DAN MULA MENEKAN SKRIN UNTUK MENGURANGKAN BEBAN D MINDA.... KEPALA TERASA BAGAI NAK PECAH... APA DAYA MELAWAN MASA... KAPAL AKAN BERLEPAS SETENGAH JAM LAGI, TERASA BENAR HATI SANGAT BERAT UNTUK PERGI. KENAPA SEMUA INI BERLAKU D SAAT INI? BIARLAH SEMUA INI HILANG DALAM KABUT MASA TAPI BAGAIMANA? BERHADAPAN DENGAN SITUASI SEBENAR ADALAH SANGAT SUKAR
ANTARA AIRMATA SUKA @ LUKA
Hari ini saya akan terbang lagi ke KK.....
Bercuti selama 4hari....
Namun hati betul2 tidak happy.....
Bagaimana nak bertarung dengan keadaan nanti...
Airmata SUKA atau LUKA........
Hanya masa akan menentukan...

"07th OCT 2009 ( 8.10am)"
Tarikh ini bersamaan hari rabu..
Bermula malam 6/7/2009....hati betul2 tidak tenang mengingatkan Auntie Lina...
yang sedang bertarung nyawa melawan kesakitan. Perasaan hati memang kuat sangat untuk balik kg. Bila menerima khabar dari sepupu2, keadaanya sangat kritikal.
Airmata mengalir dipipi....tapi saya tidak boleh buat apa...memandangkan saya sudah 9 hari bercuti raya hari tu.....Ada kerja yang harus diselesaikan. Kerja bertimbun.....memang tidak boleh dielakkan, kalau ada orang lain yang boleh/tahu untuk membuat kerja saya itu kan bagus....
Pada tarikh ini....jam 8.12am.....telepon berdering...dengan sepantas kilat saya mencapai handphne. Sepupu ( Rasimi) bersuara sayup di hujung talian.." Lee......Auntie Lina tiada sudah..."
Saya jadi kaku.........Jantung bagai dicabut dari jasad rasanya, tidak terkata.
Hanya mampu duduk seketika dan airmata jatuh mengalir di pipi.
Sedih sangat2 kerana kepergiaannya....namun PASRAH juga di penghujungnya...lebih baik begitu daripada dia sengsara menahan kesakitan. Bermula dari semalam saya buat kerja tidak ketentuan....seringkali ada kesilapan. Manakan tidak jasad sahaja di sini, tapi hati dan fikiran bersama mereka di kampung. Ada ketika saya tidak tertahan airmata mengalir....cepat2 saya kesat...Semalam sepanjang perjalanan ke airport LCCT pun saya membisu sepanjang jalan. Saya terpaksa ke LCCT utk menyambut kedatangan peserta2 kursus anjuran KEMENTERIAN SUMBER DAN MANUSIA. ...
Saya betul2 memohon kemaafan daripada semua ahli keluarga Uncle Sina kerana tidak dapat bersama dengan mereka pada saat2 mereka memerlukan.
Harapan saya mereka sekeluarga Tabah dan Kuat menghadapi dugaan tuhan yang sangat berat ini. SEDIH....SEDIH....SEDIH....
Salam takziah untuk semua ahli keluarga....

Saturday, October 3, 2009
Kisah Ku...
Sudah lama benar saya tidak memasukkan N3 terbaru dlm coretanAnakDesa ini.
Bukannya apa....di kampung malas sangat p masuk CC atau ke Marudu KFC utk mencuba Free WIFI nya...
1st OCT saya meninggalkan sarang dan terbang dengan MASS ke KL utk meneruskan pencarian rezeki. Tapi akan kembali lagi ke sarang nx week. Wah!!!! Penatnya....malasnya balik2 naik kapal terbang. Bosan menunggu 2jam 1/2 di awan biru....bagus kalau awan biru saja, kalau ada awan kelabu?..tu yang susahnya....menakutkan.
Bercerita tentang nx week saya terbang dan kembali lagi ke sarang tu....sebenarnya ada perkara yang harus saya selesaikan. Mau tidak mau terpaksa juga bercuti beberapa hari utk memastikan perkara itu berjalan dengan lancar.
Cuti panjang hari raya baru2 ni saya habiskan masa sepenuhnya di kampung halaman..
Seronok tidak terhingga bersama dengan mama, nenek, adik2 dan anak2 buah yang nakal tidak terkira. Memang tension melayan anak2 adik saya ni...tapi ia membuatkan hari2 berlalu penuh dengan nilai kekeluargaan..
Sepanjang hari mesti satu rumah riuh dengan tangisan, gelak tawa dan jeritan budak2 tu.
Selain tu saya memang boleh dikatakan hampir setiap hari turun pekan Marudu utk urusan itu & ini. Panasnya Marudu memang tidak terkata....kulit yang bukannya cerah sangat menjadi lebih gelap.... Panasnya memang menyengat. kereta ada aircond pun macam tiada aircond ja rasanya..
Walaupun agak lama cuti kali ni..terasa macam hanya 2/3 hari ja di kampung....cepat sangat masa berlalu...urusan pun tidak semuanya selesai.
Bagusnya cuti kali ni....ngam2 musim TARAP...huhuhu buah2an TOP di sabah ba ni..
Apalagi saya mengantam makan TARAP sampai sakit perut. Mana tidaknya, saya makan macam orang kebulur..tidak puas dengan buah masak, hentam lagi TARAP mentah utk buat sayur..
Sepanjang di kampung macam tidak lekang la sayur dengan buah tarap. Emmm.....asadap no...
Gembira2 di kampung pun ada juga kisah sedih yang menyelubungi semua keluarga adik beradik mama.... kesempatan cuti kali ni, saya ada melawat aunti Lina d hospital Lotong...
Bila bertemu dengannya.......saya berusaha utk keraskan hati sekuatnya supaya airmata tidak jatuh di pipi. Memang keadaanya semakin lemah. Tidak pernah terfikir kehidupan yang dia tempoh ada tertulis derita yang sangat perit utk ditanggung.
Bila melihat anak2 nya...saya dapat merasakan dari raut wajah mereka...mereka berusaha bersungguh2 utk menguatkan semangat dengan membiarkan raut wajah mereka seperti tiada apa yg membuatkan mereka susah hati/sedih/derita melihat mama yg mereka sangat sayang terlantar lemah di atas katil. Saya amat memahami keadaan mereka, biar kesedihan mereka simpan dalam hati, mereka tidak mahu mama mereka melihat kesedihan mereka itu terpampang di wajah kerana itu akan membuatkan mama mereka bertambah sedih. Sungguh berat dugaan yang Tuhan berikan kepada mereka, saya harapkan mereka semua kuat utk menempuh segala kemungkinan yang mendatang.
Jauh di lubuk hati........keinsafan juga yang menyapa diri...
Hargailah orang yang ada di sisi selagi ada.........jangan biarkan segala sesuatu perkara yang menyebabkan hubungan kekeluargaan itu retak. Biarlah segala sesuatu itu.....menjadi seperti debu2 berterbangan dan akan hilang bila ia ditimpa sang hujan...

Subscribe to:
Posts (Atom)