Saturday, October 31, 2009

"MARATHON"

Apa pendapat anda tentang MARATHON.....
memang saya selalu mendengar da nampak larian beramai2 ni tapi tidak pernah terfikir untuk berjinak2 apalagi untuk menyertai acara ini. Kalau pada usia sekolah menengah dahulu ok la.... boleh dikatakan agak aktif juga dalam bidang sukan semasa d tingkatan 5 smk. Tandek...
Tapi dengan umur2 sekarang?????............bagaimana ya....
Tiga hari yang lepas....boss saya memanggil saya datang ke biliknya...
Dengan berdebar2 p la masuk....dalam otak mesti pasal pasal laporan aliran kewangan yang diberikan pada saya...." Eeeeeeee.....belum siap lagi.....iskiskisk..matai la.."
masuk ja bilik boss...." Ika.....nah..amik borang ni..awak dengan Natasya mesti join tau...."
Bila saya melihat muka depan document tu.....mata tertumpu kepada perkataan.."LARIAN MARATHON....BUKIT KIARA---KUALA LUMPUR......
"Ha!!!!!.....cik Rose....tak nak la..join program ni...saya tek pernah lari semenjak keluar daripada bangku sekolah." ...." Takpe...6km jer....mesti ikut tau..., ade masa lagi sebulan untuk buat persediaan". Cik Rose senyum2 saja...
Kalau dia tidak apalah...6km tu macam makan kacang ja...coz dia memang hobby kalau aktiviti seperti ni...hampir setiap minggu ada saja aktiviti ni. tapi kalau kitaorang yang sudah pencen lari ni.......susah la...Apa lagi kalau 6kg..sedang 100meter berlari pun macam terputus nafas...aik...memang paling tahan pun dalam 500meter saja...sudah putus nafas..kahkahkah..
Kena fikir lebih daripada 10 kali o.....mau join atau tidak...boss sampai sponser yuran penyertaan larian ni...adussss!!!! tengok la....

Friday, October 23, 2009

"PEMBUNUH WANITA "

Tidak sudah2....
Tragedi kematian wanita disebabkan pembunuh kejam ini..
Minggu lalu....semua keluarga saya dikejutkan..
dengan pemergian salah seorang dari ahli keluarga...
kerana KANSER....

HAri ini......
Sekali lagi ia berlaku di persekitaran ku..
tidak sudah2 penjenayah ini memburu wanita..
Rakan sekerja ku...
pada awal bulan september....
Isterinya disahkan mengidap kanser paru2..
selama ini penjenayah no. 1 ini tidak menujukkan sebarang tanda..
Bila saja mereka didiagnosis mengidap penyakit ini..
ia sudah terlambat....
Doktor pun sudah tidak boleh buat apa...
pagi tadi ingin rasanya pergi ke UH untuk melawat tapi tidak kesampaian..
namun sekitar jam 6 tadi seseorang menelepon saya dan mengatakan..
Isteri rakan sekerja kami itu sudah meninggal dunia...
kejamnya....penjenayah itu..ia bertindak tanpa kenal balas kasihan.

KANSER...
Bagi mereka yang mengharapkan kesembuhan..
Akan mencuba segala cara rawatan...
Dari secara sains perubatan ( kemo)...hinggalah ke cara tradisional...
namun bagi mereka yang tidak ingin menjalani rawatan di hospital..
dan............hanya mengharapkan rawatan tradisional..
mungkin juga hayat mereka akan bertambah singkat...

Dan akhirnya....
Kematian juga yang menjemput mereka pergi...
alangkah sedih dan kasihannya bagi mereka yang melaluinya..
namun apakan daya....semua apa yang berlaku kita tidak dapat menghalangnya..
kerana itu semua adalah ketentuan dari-Nya.

Kita sebagai hambanya...
harus insaf dengan segala yang berlaku...
teruskan hidup dengan lebih baik......
menghargai diri sendiri dan ahli keluarga yang lain..

Bagi kita yang masih bernafas ini..
.........biarlah kita meluangkan sedikit masa & memperuntukkan sedikit dari RM kita untuk membuat MEDICAL CHECK-UP setiap tahun...agar kita dapat mengesan apa yang terjadi dalam badan kita sendiri.....
"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"

" TerMInaL KasIH teRAkhIr "


EPISOD 17

Satu hari, oleh kerana Jell sangat tertekan dengan kehidupan keluarganya yang miskin dia memanggil Jelsie datang ke rumah.
“Jelsie...ayah rasa nak jualkan basikal ayah. Ayah tidak tahu dengan cara apalagi ayah harus mendapatkan duit untuk menampung perbelanjaan kita sekeluarga. Lebih-lebih lagi untuk biaya persekolahan kamu adik-beradik.” Jelsie hampir-hampir tidak dapat menahan sebak di dada bila saja mendengar kata-kata ayahnya itu. Sebelum mengutarakan pendapatnya, dia menggigit hujung lidahnya sendiri supaya airmata tidak akan jatuh ke pipi.
“Ayah...Kalau ayah jual basikal itu, selepas ini dengan apa ayah akan bergerak kesana kemari untuk berurusan? Lagipula basikal itu sangat berjasa dengan kita sekeluarga semenjak enam belas tahun yang lalu. Dengan siapa ayah menjualnya?” Jelsie berharap sangat kata-katanya dapat mengubah niat ayahnya itu. “Jelsie, tidak apalah ayah akan fikirkan dulu perkara ini. Sambil itu ayah akan mencari ikhtiar lain untuk mendapatkan wang.” Dalam fikiran Jell hanya ada satu cara sahaja,dia akan meminta bantuan dari Rossie.
Jelsie sangat sedih melihat keadaan ayahnya, namun dia harus tabahkan diri sekuatnya untuk menempuh rintangan itu. Walau dalam keadaan sukar dia tetap bersunguh-sungguh mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi PMR yang tidak lama lagi akan menjelang, begitu juga dengan Juwie.

Tibalah saat yang mendebarkan bagi Juwie dan Jelsie serta semua pelajar tingkatan tiga untuk menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah. Mereka berharap segala susah payah keluarga selama ini akan mendapat hasil yang diharap-harapkan. Lebih kurang seminggu peperiksaan pun berakhir, Juwie dan Jelsie amat gembira sekali.Walaupun keputusan peperiksaan akan keluar tiga bulan kemudian mereka akan menunggunya dengan penuh debar. Sepanjang cuti sekolah mereka manfaatkan dengan sebaiknya untuk menolong ayah dan nenek di ladang serta menemani ibu mereka di masa terluang.

Sejak kebelakangan ini, mereka dapati ibu mereka mengalami perubahan yang ketara. Terpancar sinar-sinar kegembiraan di raut wajahnya. Mungkin kerana harapan yang diberikan oleh ayah mereka untuk kembali kepangkuannya tidak lama lagi. Ya!!...pasti kerana itu yang menyebabkan wajah yang dulunya suram kini dipenuhi dengan sinar harapan. Kerana harapan yang tidak terhingga itu, Rossie telah menyediakan kelengkapan untuk membuat rumah baru dan ia hasil sokongan Jell. Hubungan antara Jell dan Dolse pula boleh diibarat menunggu rumah usang untuk roboh.



EPISOD 18

Suatu malam Jell telah dijemput oleh abangnya ke rumah untuk menghadiri majlis pertunangan anak mereka Rita. Rita hanya berumur enam belas tahun masa itu dan lelaki yang ingin memilikinya itu jauh lebih tua, perbezaan umur mereka lebih daripada dua puluh tahun. Namun keluarganya tidak ambil kisah sangat kerana dia seorang yang kaya raya.
Malam itu mereka meraihkannya sampai ke pagi. Tidak cukup dengan itu mereka pergi pula ke rumah saudara yang lebih kurang dua puluh lima kilometer dari kampung Madur. Jell juga ikut serta kerana malas untuk melayan karenah isterinya yang sengaja menimbulkan perselisihan antara mereka bila dia berada di rumah.

Sudah dua hari Jell pergi tanpa khabar berita, Juwie dan Jelsie risau dan hairan, begitu juga dengan nenek mereka. Masuk hari ketiga,tarikh hari itu 27 oktober 1994 bersamaan hari rabu. Sekitar jam Sembilan pagi tiba-tiba sebuah kereta datang dan memaklumkan kepada mereka yang Jell telah dimasukkan ke hospital kerana jatuh dari kereta semalam.
Jelsie terus berlari ke rumah dan menukar pakaian dan pergi bersama ibu tirinya melihat keadaan ayah mereka saat itu di hospital.

Setibanya di hospital, doktor memaklumkan bahawa ayahnya sedang dirawat di bilik kecemasan. Jelsie dan ibu tirinya seperti cacing kepanasan, tidak sabar untuk menunggu rawatan itu selesai. Waktu itu Jelsie berharap sangat ayahnya tidak mengalami apa-apa yang serius. Harapannya, dia boleh berjumpa dan berbual dengan ayahnya tentang apa yang terjadi walaupun hanya sekejap saja. Mereka merasakan masa menunggu itu bagai bertahun lamanya. Selepas setengah jam, kelihatan pintu bilik kecemasan itu terbuka dan Jelsie melihat katil pesakit sedang ditolak oleh beberapa orang jururawat. Mata Jelsie terpaku pada sekujur tubuh yang hampir tidak dia kenali. Tubuh itu ditutupi oleh banyak benda yang sangat asing baginya. Jelsie ingin menerpa kearah katil ayahnya yang sedang ditolak tapi dihalang oleh para jururawat. Dia hanya mampu melihat ayahnya lenyap di sebalik pintu wad kecemasan.
“Kenapa dengan ayah?...Kenapa doktor menghalang saya daripada berjumpa dengannya?..” Jelsie sangat kecewa kerana tidak dapat berjumpa dan bertanyakan khabar sendiri dengan ayahnya itu. Di sebalik pintu wad kecemasan Rossie melihat dengan jelas sekali ayahnya terlantar kaku di atas katil berserta dengan bantuan pernafasan. Dalam benak Jelsie banyak sangat persoalan yang berlegar-legar, yang dia sendiri tidak mampu untuk menemui jawabnya. “ Kenapa ayah harus memakai benda asing itu? Bagaimana sebenarnya keadaan ayah sekarang?..Saya ingin berjumpa dan bercakap dengan ayah..Tapi....”Dia tidak dapat berbuat apa-apa, malahan doktor menghalangnya daripada memasuki bilik itu, jadi dia hanya mampu untuk memerhati di sebalik cermin pintu masuk
.............To be continue......

Wednesday, October 21, 2009

"TROLI punya Hal"

Pada hari ahad lalu...........
Saya mengambil kesempatan untuk p window shopping bersama dengan F & M. IL

Kitaorang p midvalley sahaja. Saya sempat belikan beberapa barang sebagai buah tangan.
Masalahnya F & M. IL sa tu tidak la sesihat orang muda yang ada kelebihan tenaga untuk berjalan sana sini utk melihat barangan yang rasanya menarik hati di sesebuah pusat membeli belah.

Sampaikan FIL saya ni bising2 kata kaki sakit, penat la....sampai MIL pula kata dengan dia, "O...kalau dalam shopping complex pandai penat...tapi kalau berdiri dari pagi sampai petang dalam kasino( Genting Highland)tak pula rasa penat". Saya diam ja mendengar mereka bertekak. tapi kesian juga saya melihat mereka ni........saya mengambil keputusan untuk menamatkan program membelek2 barang tanpa membeli dengan segera.
last station saya membeli keperluan dapur d jusco..apalagi mestilah sayur2nya yang segar2..ORGANIC. Kalau hujung minggu mesti tak lepas beli vege dekat sini. Erm.......best.
Lepas semuanya selesai.............kitaorang balik...troli jusco walaupun tidak penuh, tapi berat juga sebab diisi dengan beras 10kg. Sampai di eskelator ( betul ka ejaan saya ni?)...saya menolak troli seperti biasa..sambil berbual2 dengan MIL. Sampai hujung sekali masa nak tolak troli tu..tiba2 troli tidak dapat di tolak ...jadi kelam kabut dibuatnya. Saya cuba menolak sekuatnya tapi tak lepas. Apalagi kita berlari2 anak ditempat sendiri, seperti bersenam rasanya. Kalau tidak macam tu..mesti semua orang bertimpa2 jatuh seperti kayu..kahkahkah..nasib baiklah tidak lama sangat, FIL tolak troli tu sekuat hati dapat juga melepasi garisan hujung eskelator. Gila betul.....
semua orang tersengih2 dan ada muka yang kelihatan takut..kihkihkih mana tidaknya takut la kalau jatuh bertimpa2. Lucu betu....selama ni tidak pernah terjadi keadaan macam tu...lepas ni tidak berani la saya menyorong troli di tangga bergerak ni...haiya....

Friday, October 16, 2009

"10oct2009"

"Semoga kegembiraan & Kebahagiaan adalah selamanya"
seriusnya...

Pengapit pengantin perempuan( YOCE)-thanks


Pengapit pengantin lelaki




Tempat menjamu selera...




"Dari Lensa Mata Hati"

Bulan ini antara bulan yang tidak akan pernah saya lupakan sepanjang hayat ini. Banyak sangat perkara yang berlaku. Kalau diikutkan hati tidak tertanggung rasanya. Kerana berhadapan dengan reality merupakan satu perkara yang amat sukar. Kalau tidak disertai dengan kesabaran, kekuatan serta rasa keinsafan ia akan seperti memakan diri kita sendiri.
Namun syukurlah....semuanya sudah berlalu.......walau dalam keadaan yang tidak dipinta tapi sekurang2nya semuanya selamat dengan kerelaan hati.
Ada satu masa airmata jatuh dipipi......memang tidak baik saya rasakan ia berlaku pada masa itu tapi......ia bukan disengajakan........Ia berlaku secara tiba2, walau hati berusaha menahan hiba sehinggakan lidah terasa sakit digigit sendiri utk menahan rasa itu menguasai diri..tetapi gagal. Permata putih jatuh juga akhirnya membasahai pipi.
Mingkin keana ketiadaan insan yang diharapan berada ditempat itu...atau kerana realiti yang berlaku di depan mata sangat sukar untuk difahami atau memahaminya.
Walauapapun dikata......semuanya sudah berlaku, Diri hanya mampu berdoa mereka yang bersatu akan mendapat keberkatan dan mereka yang pergi untuk selamanya akan memperolehi ketenangan di alam lain.

Dari Lensa mata hati saya berharap semuanya akan berjalan seperti yang diharapkan oleh mereka2 yang sewaktu dengannya.

Thursday, October 8, 2009

"kabut masa"

DUDUK BERSEORANGAN D LCCT SAMBIL FIKIRAN MENERAWANG KE TEMPAT LAIN.......DIRI BAGI SAYA ADALAH SANGAT KECIL DI KALANGAN MANUSIA YANG BERBAGAI RAGAM. DENGAN RASA YANG BERCAMPUR BAUR SAYA KELUARKAN HANDPHONE DAN MULA MENEKAN SKRIN UNTUK MENGURANGKAN BEBAN D MINDA.... KEPALA TERASA BAGAI NAK PECAH... APA DAYA MELAWAN MASA... KAPAL AKAN BERLEPAS SETENGAH JAM LAGI, TERASA BENAR HATI SANGAT BERAT UNTUK PERGI. KENAPA SEMUA INI BERLAKU D SAAT INI? BIARLAH SEMUA INI HILANG DALAM KABUT MASA TAPI BAGAIMANA? BERHADAPAN DENGAN SITUASI SEBENAR ADALAH SANGAT SUKAR