Thursday, March 10, 2011

Menumbok,Kuala Penyu.

Cukup 24jam saya berada di SRJK (C) Chui Hwa Menumbok, Kuala Penyu. Today is my 1st day bertugas di sekolah ini sebagai PPM. Tugas yang langsung tidak kena dengan apa yang saya ada sekarang. Tapi rezeki yang datang memang susah sangat untuk saya tolak. Takut pula ditolak, rezeki lain langsung tidak akan datang lagi. Nanti pada masa itu, saya menyesal menangis darah pun tidak berguna.
Hari pertama berada di sekolah, melihat karenah budak2 pra sekolah, buat saya rasa seronok pula. Seawal 7.ooam saya memasuki perkarangan sekolah, rasa cemas itu ada juga. Tapi lepas melihat dan mendengar sendiri penjelasan dari rakan sekerja. Perasaan itu perlahan2 hilang, mana tidaknya, cikgu dan PPM di situ begitu ramah sekali. Namun sedih juga sebab penempatan saya di sekolah ini tidak menjadi. Sbb PPM dia pula tidak jadi pindah disebabkan sekolah tempat dia memohon untuk pindah tidak jadi membuka pra sekolah yang baru.
Kehidupan disini ada juga cabarannya, dengan masalah air dan juga elektrik (Tapi tidaklah seteruk tempat lain-Tagibang, magandai yang lebih mencabar). Di sini kadang sampai seminggu bekalan air terputus. Terpaksalah mengangkut air dari tangki air berdekatan. Teringat kehidupan semasa di bangku sekolah dulu2. Namun semua itu akan berakhir dalam tempoh terdekat. Mungkin dalam seminggu dua atau sebulan dua? Saya pun kurang pasti, harap saya akan ditempatkan di kawasan Kota Kinabalu. Supaya saya boleh jimat tambang sikit untuk balik kg pada hujung minggu. Tidak sabar rasanya menunggu hari saya akan dikeluarkan daripada lokasi saya sekarang. Seperti menunggu keputusan hakim di kandang mahkamah pula. Hahaha...
Besok balik kg?Ohhhhhhhhh......$ keluar lagi. Aduiiii.....gaji 3 bulan baru dapat. Kasiannya.....

Thursday, February 24, 2011

"AkHiRnYA"

Hari ini dalam sejarah, pagi tadi dalam 10.30am husband cal dan membaca surat rasmi dari kerajaan. Masa dia baca tu memang suspen, sebab macam surat saman PTPTN saja saya rasa. Tapi tidak mungkin sebab memang saya WHITE LIST punya. Hehehe....
Sebenarnya saya mendapat peluang berkhidmat dalam bidang kerajaan. Macam tidak percaya pula tapi itulah kenyataan. Gembira? Saya pun tidak tau macamana hendak menggambarkan perasaan sendiri. Lepas ni berjauhan dengan husband, hmmmm...macamana tu. Emmmm... rasanya tiada masalah juga. Jawatan tidaklah berpadanan dengan status pendidikan yang saya ada, tapi adalah lebih baik saya menghargai peluang yang datang. Memasuki jawatan kerajaan bukannya senang pada masa kini. Setelah sekian lama saya berusaha untuk mencuba nasib, jawatan ini juga yang memberikan rezeki pada saya. Teringat pula masa temuduga d wisma BSN lalu, kalau ikut prestasi saya yang bersaing dengan 5 orang yang lain memang saya rasa macam semut kecil saja, tapi mungkin penemuduga nampak saya seperti "SEMUT KECIL API". Hahaha...perasan pula saya ni.
Pagi ini juga saya hantar surat perletakan jawatan kepada pihak syarikat, sedih pula pergi. Tapi hargai peluang yang diberikan oleh kerajaan adalah satu tindakan yang terbaik.
Saya sekarang ini memang tidak tahu bermula dari mana. Banyak benda yang saya kena settlekan di PJ ni, kemas barang, beli barang(baju2) dan dan dan...banyak lagi la. Adui....
harapan saya semuanya berjalan dengan lancar.

Paling penting sekarang, dimanakah mereka akan menempatkan saya. Adakah nun jauh di puncak bukit, atau nun jauh di seberang laut..atau atau...aduh! Tiada idea. Matai la ni, menyesuaikan diri dengan kerja baru. Biasa dengan budak2? Tiada masalah juga la, orang kampung juga.

Apapun kerja mesti dilakukan dengan ikhlas dan amanah.

hmmmmm...."AKHIRNYA" saya diberikan peluang oleh-Nya sebagai pembantu pengurusan murid. Syukurlah dengan apa yang ada....dengan sokongan suami dan keluarga yang lain pasti semua ini akan berjalan dengan lancar.

Tuesday, February 22, 2011

Sampai office awal, 7.45am. Huh!!!....awal juga, sorang2 dalam office seram sejuk juga rasanya. Mana tidak kawasan kejiranan yang lain waktu operasi bermula pada am 9 atau 10. Senyap sunyi la kawasan ni seawal 7am. Nasib baik aku leh gayut internet pagi2 ni. Nda la terlayan sangat seram sejuk. Heee......
Ntah apa juga mimpi saya hari ni bangun awal dan jalan awal p kerja... Tapi bila difikir2 balik, beat juga sampai awal boleh belek2 apa kerja yang perlu saya settlekan sebelum rakan kerja yang lain masuk dan menyibuk. Wahahaha........
K la pa pun harapan saya, semoga hari ini berlalu dengan penuh bermakna....settlekan tanggungjawab dengan sempurna atau setidak-tidaknya boleh bikin bos puas hati dan tersenyum (kali laaa....)

Friday, February 11, 2011

...salahkah aku bila,

sembunyi perkara itu..
tiada maksud hingga ke tahap itu....
cuma...................
menunggu masa dan waktu...
Namun....
tidak sangka aliran waktu....
telah merungkai segala liku....

Lidah jadi kelu.....
semua adalah salah ku..
memberi tanpa kata
sampai semuanya berlalu tanpa apa2..
hanya maaf ku pinta..
andai kau terluka..

..tapi salahkah aku bila memberi pada yang perlu?....

Wednesday, February 9, 2011

CNY'2011

Program CNY baru2 ni.....

The Garden - Mvly
Kneth & Knong + D'hter

Sempat main daun lagi ;)


Kay (center) n t geng

Tin hijau bukan beer ahhhh....;)



CNY 2011 - Sambut di rumah PJ sahaja, jemput kawan2 datang rumah. Mau p bercuti tym CNY pun tidak seronok sbb banyak kedai tutup. Terutamanya kalau p Penang. Lagi baik main masak2 di rumah puas hati lagi dengan penat 1 hari masak.
Seronok dengan kunjungan kawan2 seperantauan. Hehehe......
Ini adalah menu2 yang sempat saya masak dalam tempoh masa 7 jam sebelum kedatangan kawan2. Tidaklah seberapa tapi cukup untuk mengisi perut yang lapar...






Pic 1 - Carrot cake kesukaan saya, yummy2.Menjadi juga ba 1st tym buat..emmmm
Pic 2-Daging masak hitam






Pic 3 - Mix Vege









Pic 4 - Chic pandan leave






Pic 5 - Cereal Prawn




Pic 6 - Fried Fish (Dsyorkan oleh geng ku knong-x idea sudah mau masak macamana. Tapi ini yg habis duluan oooo..hehehe.






















Pic 7 - Ayam Gajus

Kenangan Terindah Aug 2010 (Hongkong)






















Sudah begitu lama saya tidak melawat laman saya ni, hampir lupa pula password utk masuk. Hahaha....FB punya pasal macam ni la, sibuk dengan kerja setiap hari...ditambah2 lagi dengan kesibukan demam game...wahahaha!!!! Aramai kangku....
Padan muka kalau FB dihapuskan terus dari muka bumi. Tinggal la berblog dan bla..bla..bla..
Tahun 2010......ditinggalkan begitu sahaja....
Perkara hitam ditinggalkan di belakang dan mana yang boleh dibersihkan dibawa ke tahun 2011. Manakalah yang PUTIH digilap terus supaya ia kekal selama2nya. Wah! macam apa pula kias2 saya ni. Tapi kedatangan tahun 2011 membawa banyak perkara2 baik untuk keluarga saya, walaupun masih berdua tapi tidak menjadi masalah, walaupun kadang2 timbul juga rasa sunyi hidup berdua tapi kalau ada rezeki takkan kemana. Biasa sudah hidup berdua...heeeee
Rezeki murah untuk benda lain pun syukur la....yang penting ada yang mengembirakan hati.
Mungkin lepas ni mau cuba2 berjinak pula dengan laman saya ni.....best juga bercerita tang tang tang ni....:)

Monday, October 18, 2010

"MeNDung"

Isnin - keluar ke ruang tamu, terhidu bau semacam. Aku selak kain langsir, rupanya bau tadi datang daripada persekitaran yang ditimpa sang hujan. Kiranya bau itu ingin menyapa semua penghuni PJ bahawa sang hujan akhirnya datang untuk mengurangkan debu2 berterbangan akibat sang hujan sudah lama tidak kunjung datang. Hmmmmmmmm........
rasanya pagi yang segar....harap2 aku pun sesegar tumbuhan yang kiranya sedang bergembira riang kerana ditimpa hujan.
Namun..........sesampai di tempat kerja, rasa hati berada ditempat lain dan............mulalah jari jemari ku menari sehinggalah aku sampai ke laman yg sudah lama ku tinggalkan.
Betullah kata seorang kawan, 1 benda yang sudah lama kita tinggalkan pasti suatu masa, sama ada sedar atau tidak sedar ia akan muncul semula. Perasaan "Loneliness" tiba2 sahaja menghantui ku. Adui........
Dulu.........setiap kali aku berada ditahap ini, pasti dengan senang hati akan menekan beberapa butang sahaja dan meluahkannya sampai aku terasa lega. Tapi kini sepertinya saya terpaksalah menyimpan semua itu dalam lipatan cerita di sudut hati.
Kerana semua kita, pasti ada kisah tersendiri yang kita hanya selesa kongsikan dengan orang2 tertentu sahaja. Aku cuma mampu menunggu dan berharap agar cerita itu berakhir seperti yang aku harapkan.

Tuesday, June 8, 2010

"My fmly & Bez Prenz Outing"

SAbtU lepas adalah cuti sempena AguNG BirThdaY......
"SIL" datang bercuti dengan kami selama 4 hari. Pada hari pertama mereka datang ke PJ, kami merancang untuk mengadakan trip ke Bukit Tinggi memandangkan kami tidak pernah ke lokasi tersebut ( walaupun sebenarnya tujuan mereka bercuti ke sini adalah semata-mata utk shopping sahaja). Tapi kami bawa juga mereka join outing. Begitu juga dengan Geng Karas saya ngan Hubby...Knong & Kenneth family.
Walaupun pagi itu cuaca tidak berapa baik kerana hujan turun dengan sangat lebat dan jam beberapa kilometer, tapi rancangan kami berjalan dengan lancar. Nasib baik sesampainya di lokasi cuaca sangat baik. Rupanya kawasan KL & Selangor sahaja yang hujan/jem.
Kegembiraan dan keseronokan menyelubungi setiap orang. SIL & suaminya memang mudah menyesuaikan diri dengan keadaan.
Masing2 sibuk dengan aktiviti melayan mood DSLR/SLR.....hahaha.....memang kelakar juga sya ingat bila semua kebanyakan pengunjung di situ sangat bz dengan pengambaran "PRE-WEEDING PHOTO" atau mungkin lebih dari itu. Penat tapi satu pengalaman yang amat berbaloi. Terima kasih Konong kerana mengesyorkan lokasi Bukit Tinggi sebagai destinasi Outing. Hehehe.......................Lain kali pigi mana lagi rrrrr....
Selain itu aktiviti shopping SAKAN dengan SIL juga amat menyeronokan ( SIL dan hubbynya ja yg shopping sakan- saya kena kontrol, kena tahan2 dulu utk HONGKONG trip nanti). Saya tolong angkat barang ja la.... sampai terbeli benda2 di luar dugaan pula. Memang biasa la tu kalu sudah melaram dengan Shopping Kompleks.....
Saya dan hubby temankan mereka selama 3 hari berjalan kesana kemari..........memang PENAT & LETIH tidak terkata. Tapi memang seronok. Harap mereka datang lagi nx time...tapi tidak tahan p shopping ( Gatal HATI), outing memang saya suka.

~~~~~~~~Tidak sabar menanti nx outing~~~~~~~~~ia adalah satu terapi~~~~~~~~

Wednesday, May 26, 2010

~~~~ãLanGKaH BaiKnYA~~~~


........Alangkah baiknya.....
kalau aku dapat menikmati senja ini bila saja kemelut menghantui diri..

.......Alangkah baiknya.....
segala sesuatu itu indahnya
seperti benamnya mentari di ufuk sana.....
...........Alangkah baiknya......
hayat kita tidak seperti mentari, yang hanya ada masa 12jam untuk menyinari bumi dan ia akan hilang selepas itu....
.....Alangkah baiknya....
kalau hidup ini akan seindah yang kita harapkan
jauh dari kekalutan, jauh dari kekejaman alam, jauh dari mereka yang memudaratkan....
......aLanGkaH bAIknYa........

Monday, May 24, 2010

" Dalam Diam "



Lama tidak berkunjung di laman blog saya ni. Perjalanan hidup diteruskan seperti biasa, bulan May adalah bulan yang paling menarik sekali kerana bercuti selama 1 minggu di kampung. Tidak terlepas dengan aktiviti keluarga, " CUTI-CUTI BORNEO" merupakan aktiviti yang telah kami rancang semenjak setahun yang lalu. Syukur kerana ia telah terlaksana pada tahun ini. Aktiviti family outing ni sangat penting bagi kami kerana ia mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan kami. Semua adik beradik telah balik untuk sama2 menjayakan aktiviti tersebut. Mama merupakan orang pertama yang sangat gembira dengan program keluarga ini. Tidak terkecuali anak2 buah ku yang comei2......walaupun terseksa dengan perjalanan panjang dalam kereta yang "SANGAT JAUH" bagi mereka. Muntah sepanjang jalan merupakan peristiwa yang tidak akan saya lupakan, manakan tidak anak buah saya yang pertama= DESSY, 1st time muntah semua tumpah di pangkuan ku. HUH!!!!.....memang tidak terkata lah keadaannya. Saya pun hampir2 muntah dibuatnya.....nasib baik la ada restoran di tepi jalan yang memberi kebenaran kepada kami menggunakan kemudahan airnya. Kalau ikutkan hati memang terus mandi tapi tidak juga la sampai hati, nanti pelanggan restoran tu mau masuk, bos restoran tu pun bukannya syok sangat kami 3 orang masuk terus dalam toilet dia....yang sempat mandi terus cuma anak buah saya yang muntah tu. Saya tukar seluar dan mandi separuh ja la..( Faham2 ja). Perjalanan memang memenat dan memeningkan......sudahlah bawa keta laju, ditambah dengan selekoh banyak yang tidak tahan tu.

Namun sepanjang perjalanan memang SERONOK gila2, riuh dalam 1 keta dengan gelagat semua ahli keluarga. Anak buah ku ada 2 orang, yang sulung tu setiap kali naik kereta selepas singgah di suatu tempat memang mabuk dan MUNTAH TERUSSSS yang bungsu pula tidak pandai muntah tapi dia memang asal naik kereta MENANGIS TERUS tidak mau naik kereta, sampai bapa dia angkat macam kayu api masuk kereta. Dia memang takut/serik naik sebab dia memang sakit/pening kepala. HAHAHA!!!! seronok betul tengok gelagat mereka.
Walaupun 2 orang anak buah saya ni sengsara sepanjang jalan ke KUNDASANG, tapi mereka memang sangat seronok menikmati percutian, walaupun pening2 tapi bila saja turun dari kereta mereka mesti melonjak2/berlari2 di lokasi tersebut. Harap2 nx time kami dapat membuat program hari keluarga lagi.....kali ni mungkin akan pergi ke tempat yang lebih jauh sikit. Mudah2an ada rezeki lebih. Walaupun sedih sesekali mengusik hati kerana ketiadaan bapa dan nenek tercinta tapi saya masih bersyukur kerana masih diberikan kesempatan oleh-Nya menikmati masa yang ada bersama MAMA tercinta, suami, kakak, adik2, adik ipar dan anak2 buah. Kehilangan orang2 amat disayangi mengajar saya untuk lebih menghargai setiap waktu yang ada untuk mereka yang masih berada di sisi. MENIKMATI MANIS SEBELUM PAHIT DATANG adalah salah satu kata yang semua ahli keluarga pegang.
Walaupun kehidupan tidaklah sesempurna mana tapi dengan adanya ikatan kekeluargaan yang utuh semuanya nampak INDAH belaka.
Dalam pada itu juga, amalan keluarga mengadakan makan2 setiap kali kami balik tetap juga diteruskan walaupun ketiadaan NENEK.....keluarga uncle Rubin la yang akan datang setiap kali kami mengadakan majlis tersebut. Majlis bertambah istimewa pada kepulangan kami kali ini kerana kami mengadakan MAJLIS HARI IBU untuk mama. Nampak mama happy membuatkan kami semua juga merasa sangat gembira. Pengorbanannya terhadap anak2nya selama ini merupakan sesuatu yg amat2 tidak terbalas dengan wang ringgit, dia banyak memberikan yang terbaik untuk anak2nya walaupun ia sebenarnya diluar kemampuannya sebagai seorang IBU TUNGGAL.

.......Sambil2 jari jemari ku melakar kata.......Dalam diam2 airmata bergenang dan ia jatuh satu persatu, cepat2 aku mengesatnya..KENAPA??? mungkin juga gembira . nasib baiklah aku bersendirian di bilik tempat ku bekerja. HAHAHA!!!!....diriku betul2 masuk pada masa itu ooooo....

Thursday, April 15, 2010

~~~~ÃnDAi~~~~

~~~~~~~~malam yang merimaskan membuatkan hati terdetik untuk melawat laman ini..
Bagai diri mencari sesuatu yang aku sendiri pun tidak pasti.
Namun jauh di lubuk hati....
hanya kata-kata ini mampu terpacul dalam kelu...

"~~~Andai aku mempunyai kuasa~~~
~~~~aku pilih untuk memutarkan waktu yang telah pergi~~~~~"

"~~~Andai sakit perlu ditempuh untuk mencapai bahagia~~~~~~~
~~~~~~ãku rela menjunjung sakit itu~~~~~~~~~~~

"`~~~~~Andai aku sudah jadi leka~~~~
~~~~~biarlah minda menegur c hati agar diri tidak hanyut sampai ke hujung sana~~~~"

Friday, April 2, 2010

!!!!!!............1st prize.........

.........Jumaat....hmmmm,
kalu d sabah hari ni cuti. Bes nya....
Tapi macam ni la..kalu mcari rezeki d tempat lain.
Lama tidak mengupdate laman ni, asyik ngan FB saja. Hari ni saya memang tergerak hati untuk melawat laman anak desa ni. hmmmm...........best juga. Boleh juga tukar angin.
Tahun ni tuah sepertinya menyebelahi saya....hujung bulan march saya n hubby ke Low Yatt KL utk membeli barang. Pada ahad lepas memang saya rasa excited sangat ke tempat tu. Hubby malas jalan, tapi saya paksa juga. semasa membeli barang tu... ngm2 ada peraduan cabutan bertuah. Sudah banyak kali kita beli barang dan memasuki peraduan cabutan bertuah tapi tiada rezeki. Pada hari selesa baru ni...hubby menerima email utk u-tube. bila dia membukanya....alamak kita orang dapat 1st prize...dan hadiah tempat ke-6....
Gembira sngat..hahaha...mana ada orng bagi branded LCD TV ..etc....

.....................memang happy sangat.......

Tuesday, February 23, 2010

....Akhirnya....

Sebelum CNY hari tu....setelah seminggu handphone saya hilang...
AKHIRNYA.....ia kembali kepada tuannya. Betul tidak disangka2 saya mendapat kembali hp saya tu...memang sebelum ni saya tidak pernah terfikir suatu benda yang dicuri orang, kita akan dapat kembali....isk3.... memang satu hadiah CNY utk saya. Nasib baik rakan serumah kepada c pencuri tersebut ternampak orng tu mengeluarkan hp saya dari jauh. Hari itu, setibanya mereka di opiz, si A memaklumkan kepada saya yg dia ternampak c B(pencuri) mengeluarkan hp saya itu dari poketnya dari jauh. Lalu A mengsyorkan saya membuat pemeriksaan kepada semua staff yg berada dalam opiz pagi itu.
Saya memaklumkan kepada manager akan perkara tersebut...dan pemeriksaan seluruh badan kepada setiap staff pun dijalankan..
Namun....tiada apa yg dijumpai.....saya kata...." Tidak apa....benda yang sudah hilang manakah akan kembali kepada tuannya.." Semua pun beredar....
Tapi semasa proses pemeriksaan seluruh badan tu, suspek utama memang muka pucat lesi. ketara sangat dia bersalah. Tapi kita tiada bukti utk menuduh orang...jadi diam ja la...
Semua orang beredar....staff operasi ni ikut dengan staff B dan yang lain turun kerana mereka perlu pergi ke branch utk meninjau keadaan. Lebih kurang 30minit...seorang daripada staff operasi naik dan berjumpa dengan saya. Lalu memberitahu yang masalah saya sudah selesai. Hp saya dah dijumpai....dia ceritakan dari A-Z...rupanya suspek utama yang kita memang syak itulah pencurinya. Isk..isk..isk..
Gembira dan sedih juga la.....sedih sbb budak tu memang biasa sangat ngan saya...tiba2 dia buat saya macam ni....tak terkata la...
Harap2 ini adalah permulaan tuah saya utk CNY...dan harapan saya agar semua nasib buruk akan tinggal jauh di belakang. Hahaha....tapi sampai sekarang saya tidak pakai lagi hp kesayangan saya tu...saya berikan pada hubby. Tiada mood da mau pakai tepon tu....

Wednesday, February 10, 2010

"?@#$%+/*%"

Hari ni...mood kurang baik....semalam hari yg betul2 malang. Handphone kena curi dalam opiz...selama ni memang tidak pernah berlaku dengan staff di tempat kerja..walaupun hphone ditinggalkan atas meja. Tapi entah kenapa semalam 1st time berlaku. Mungkin nasib malang sudah datang untuk penghujung tahun CINA ni...Banyak family belah hubby saya yang mengatakan dalam calendar cina ni kami suami-isteri ada nasib kurang baik utk tahun tersebut...percaya atau tidak..banyak perkara2 yang tidak dijangka berlaku dalam kehidupan kami. Mengikut mereka Nasib kami akan berubah menjelangnya TAHUN HARIMAU....tinggal beberapa hari lagi, harap2 begitu la......tidak sabar untuk memasuki tahun tersebut...
Banyak no kawan2 yang terdapat dalam handphone tu...sayangnya...susah la saya utk mendapatkan # mereka selepas ni. Rasa Fobia pula beli telepon ni....nasib baik la ada spare telepon. Kalau tidak terpaksa la juga buang duit utk membeli yang baru. Buat masa ni tidak terfikir utk membeli yang baru.....
Harapan saya CNY yg bakal menjelma dalam 4 hari ni akan membawa sinar baru dalam kehidupan kami sekeluarga jauh dari segala cobaan dan dugaan..

Sunday, January 31, 2010

"Mata"

Semenjak 2 minggu ni keadaan mata saya tidak berapa baik dari sebelumnya.....bila menghadap PC dan berada di tempat yg mempunyai cahaya terang mesti sakit.....tidak selesa buat kerja...pening2 dan sakit kepala. Semalam saya memang tidak tahan...
Hubby memaksa saya untuk membuat pemeriksaan mata.....walaupun berat sangat hati mau check tapi memang kena paksa la..tidak tahan dia membebel..
Bila specialist memeriksa mata...memang buli tahan gred mata...disahkan "Rabun Silau"....
Saya memang tidak suka ada mata ke-2.....selagi saya boleh gunakan kemampuan mata memang mau elak la memakainya.
Specialist mengatakan yang Rabun silau itu lebih bahaya daripada rabun JAUH & DEKAT...saya pun tidak tahu dia sengaja cakap macam itu ka apa...Tetapi bila saya sendiri rasa keadaan mata memang tidak selesa sangat2. Tapi hati masih mempertahankan untuk tidak mahu memiliki mata ke-2. Hubby sudah bising2 kerana kedegilan saya mempertahankan diri......saya mengambil beberapa jam untuk membuat keputusan...mau ka tidak mau. ( dengan Hubby tidak henti2 membebel di sisi)
Tiba2....hubby berkata..." Kau mau hadiah ka...?...." dalam hati memang hairan napa dia tiba2 cakap mcm tu sama saya...tanpa berfikir panjang...." MAU!!!!" ( Memang saya ni DASAR......dot..dot..dot..ahahaha)
Lalu dia menarik tangan saya menuju ke tempat yg macam saya kenal ja arah tersebut....
ALAMAK!!!....Apa ni????.........."Anggap ini Hadiah CNY dari saya....u like or not its up to u. No Choice...."
....memang tidak terlepas la time tu....Sbb hubby memang seorang yg sangat tegas dalam menitik beratkan kesihatan saya selama ini....walau masalah kecil sekalipun dia mesti memberikan penyelesaian yang terbaik. Last2 runtuh juga la ke'egoan saya mempertahankan diri......
....Nx week mata ke-2 saya akan siap........belum bersedia utk menyesuaikan diri dengannya...tapi seperti kata hubby...."No Choice"....

Monday, January 18, 2010

NEW WEEk......

Monday.....
Sesetengah orang memang tidak suka hari Isnin...
Saya?......boleh dikategorikan...(Sangat suka/suka/1/2 suka/ tidak suka/ sangat tidak suka)..kalau macama ini susah mau kasih simpul....
Tapi walauapapun.....setakat ini...saya memang suka datang kerja...
Sbb kalau d rumah rasa pening kalau lama2...mungkin kerana selalu tiada kawan d rumah...

Sbb d tpt kerja..perjalanan masa tu sangat cepat....

..Really luv my Job....

Thursday, January 14, 2010

cONgRatULAtion!!!!!

To my beloved T.sister....
Congs. sbb dapat cikgu menengah........Syukurlah awal2 tahun ni keluarga kita memang diberikan rezeki dari-Nya. Semoga dapat menyesuaikan diri dengan kerja baru ini...
Sekolah menengah????...YAI!!!!!....jangan sampai kana buli r.....
Permulaan bekerja sebagai cikgu tu memang payah la...apatah lagi tiada pengalaman...tapi rock u baby!!!!! Antam aja...lama2 ok jua tu..yg penting ko jalankan kerja ngan ikhlas......Tuhan akan memberkati........AMIN!!
Walaupun sudah lama saya tidak berkunjung di laman ini....
Kehidupan diteruskan seperti biasa....tiada apa yang menarik sangat..Cuma..Permulaan tahun ini, saya bersyukur pada tuhan kerana memberikan rezeki yang murah kepada kami suami-isteri. Walaupun belum dikurniakan " CaHAya MaTAHari" ( Cuzzi saya yg selalu ckp mcm ni..hahaha)..tapi kebahagiaan sering menyebelahi kami berdua. Apa yang saya harapkan biarlah semua yang kami ada sekarang akan berterusan sehingga ke akhir hayat. Bersyukur juga mempunyai suami sepertinya....walaupun kehidupan tidaklah sesempurna mana tetapi dia merupakan antara kurniaan tuhan yang terindah bagi saya.

Hari ni.....sekali lagi saya berseorangan di rumah....isk!! kalau ada mama kan bagus...boleh juga ketawa dan bercerita dengannya bila balik daripada kerja. Tidak sabar rasanya menanti kedatangan orang baru..tapi apa kan daya...semuanya tuhan saja yang menentukan....yang penting berusaha dengan sebaik mungkin supaya tiada penyesalan di kemudian hari..
Jumpa mentua pun segan sudah ni........nasib baik hubby seorang yang sangat memahami.
Bulan ni boleh dikatakan suami hanya berada di rumah selama half month saja..yang lain berada d negeri lain untuk urusan kerja....
Walaupun begitu....kerana faham sama faham, kita orang tiada sekatan utk kemana sahaja. Sampai ada orang kata......kami ni suami-isteri INDI. He...yakah?!.....
Apapun harapan saya semuanya akan berjalan dengan lancar....
Satu perkara yang saya bersyukur sangat pada Tuhan, dia memberikan ketenangan atas perkara yang berlaku atas keluarga di kg. Namun buat masa terdekat ni.....saya memang tiada hasrat lagi untuk balik bercuti di kampung. Kalau rindu tidak tertahan dengan mama...saya bercadang untuk menyuruhnya datang ke sini sahaja untuk bercuti. Rasanya saya belum bersedia untuk balik kampung tanpa nenek di rumah. Dulu...setiap kali saya balik..nenek akan berada di rumah menyambut kepulangan saya. Sekarang dia hilang tiba2.......memang rasa sangat kehilangan yang amat sangat.

..............biar kami yang masih berada di alam nyata ini, dapat meneruskan hidup dengan gembira di samping keluarga masing2...jauh daripada segala cobaan dan godaan.......AMIN!...